Archive for alor lempah masjid darul quran kuala kubu

Kuala Kubu

Posted in photojournalism with tags on April 30, 2009 by izamree

Tepat jam 4 pagi, loceng handphone berbunyi..mengejutkan diri diwaktu subuh kala. Hari ini Kuala Kubu menjadi sasaran. Kami berkumpul jam 5 pagi dan bertolak memecah kesunyian pagi menghala ke Rawang melalui highway Utara Selatan.
..nazim, din.nyon & alex menjadi rakan buruan pada kali ini. Masing-masing dengan’senjata’ dan tripod bagaikan penoreh getah masuk kerja. Mata mengantuk tidak terasa dek ‘habuan’ yang bakal menjelma.

Kami menerjah ke Alor Lempah, Kuala Kubu didalam gelap gulita..ketika jam baru menunjukkan 6 pagi. Ketika sampai dikawasan buruan..Kagum! itu merupakan perkataan yang bermain dikepala.

Kewujudan air terjun buatan manusia ini cukup mengkagumkan. Dari sungai yang mengalir deras dan luas ia menuruni landai yang menarik dan membentuk barisan air terjun yang panjang.

aimg_0245

aimg_0156Hujan renyai-renyai mula membasahi lensa kami, dan mulut mula berkumat-kamit meminta supaya hujan pergi.aimg_0234 Sayangnya hujan renyai tidak perduli. Awan agak tebal turut menjejaskan buruan subuh ini. Sempat juga melepaskan beberapa ‘das’ tembakan, sebelum bungkus segala peralatan dan bergerak pantas.

Mula mencari lokasi baru, keadaan hujan renyai-renyai sedikit pun tidak menggangu semangat kami untuk terus memburu. Kuala Kubu memang terkenal dengan ‘sport water rafting’ atau sukan air lasak, kelihatan beberapa pengemar sukan ini sudah mula menjelma dipagi hari untuk menguji diri.

“Kalau pergi.. Kuala Kubu tulis nama atas batu”, tapi kami tidak menjumpai batu yang dimaksudkan oleh Sudirman. Akan tetapi, kalau pegi Kuala Kubu jangan lupa ‘hunter’ DQ..atau masjid Darul Quran yang terletak ditepi tasik yang tenang. Ia menjadi ikon ‘buruan’ di Kuala Kubu yang wajib diabadikan.
Sekali lagi hujan renyai menjadi alasan, kehilangan awan dan langit cerah menenggelamkan wajah sebenar masjid ini. Pantulan air atau reflex, tidak seindah cermin.
Masjid DQ tetap indah dalam pelbagai bentuk cuaca, cuma tak terkalis air dek ‘senjata’.

Kami bernasib baik kerana terdapat khemah yang menjadi tempat berteduh, maka buruan pagi ini boleh dikatakan tidak menepati sasaran. Walaupun subjek didepan mata, tapi cuaca tidak mengizinkan. Apapun, kami tidak pulang hampa, ada juga bahan yang boleh di ‘geladah’ dan di ‘godam’ secukup rasa. Sekadar pemuas hati kaki fotografi.
Tapi kami puashati..walaupun cuaca irihati,
kami pasti akan kembali..kalau ade masa free.

Sekian.

Advertisements