banting

..sudah lama fotoblog ni menyepi, hari ni terpanggil untuk ‘menyambung’ balik blog yang abandoned sekejap..

30.3.2009..Serangan kali ini di Banting, Selangor..agak lama juga gambar ni terpendam di flickr tanpa mendapat sentuhan cerita disebalik takbir…
sarapan teh tarik
lori pagi Seperti biasa kami keluar ‘memburu’ diwaktu pagi, kerana waktu inilah pelbagai ragam manusia menjalani hidup seharian bermula. Dan yang paling berharga adalah cahaya mentari pagi yang bersinar menyuluh bumi dini hari merupakan cahaya ‘rezeki’ yang paling indah.
pasar kelanang
runcit kelanang
beli ikan kelanang
..dan kami perlu keluar lebih awal daripada itu..

sebelum mentari menjelma diri..kami perlu terpacak berdiri..menanti cahaya mentari..bila subuh bertukar pagi.
ranting badai
..kerana hasil pancaran..dilihat tanpa bosan..memapar keindahan..maha ciptaan Tuhan.
sunrise kelanang
tunggul kelanang
Pantai Kelanang menjadi destinasi pembuka ‘shutter’ untuk pagi ini, dan seperti biasa ‘buddy’ memburu Nazim dan Alex merenggang biji mata di subuh kala, demi mencari ‘bahan’ secukup rasa.
six66 hunter
nazim hunter
Selepas selesai menjamu sarapan di Pekan Kelanang dengan ‘hiburan’ ragam penduduk kampung menawar beli dipasar dan ‘menembak’ beberapa ‘das’ tembakan terhadap wajah, watak, kerenah, telatah penduduk kampung kami mula bergerak ke Jeti Kampung Kelanang.
boat nelayan kelanang
tongkang pecah
kelanang boat
..deretan bot nelayan sentiasa molek sebagai subjek yang harus diburu, selain jeti dan muara sungai yang terhidang didepan mata..ditambah pula dengan awan mencakar langit biru. Dan sepagi di Kelanang perlu disudahi dengan memanjat Bukit Jugra yang agak hampir dengan Kelanang ini.
Jugra Lighthouse
Jugra merupakan Bandar DiRaja Selangor ketika pemerintahan Sultan Abdul Samad. Dan Bukit Jugra ini terdapat rumahapi yang telah lama mengabdikan diri sebagai ‘penyuluh lautan’.
Jugra Hill

..berbaloi kami ke Banting.
Sekian.

One Response to “banting”

  1. Ada bengkel di ILP Kuala Langat hari ni, singgah Jugra petang nya tapi tak singgah tengok pulang Kelanang sebab nak ke pantai Morib lalu town..tak sangka pulak Kelanang ni elok pemandangannya…kena singgah la bila pi ILP lagi nanti …cun nya gambar2 tu…great job.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: