Kuala Kubu

Tepat jam 4 pagi, loceng handphone berbunyi..mengejutkan diri diwaktu subuh kala. Hari ini Kuala Kubu menjadi sasaran. Kami berkumpul jam 5 pagi dan bertolak memecah kesunyian pagi menghala ke Rawang melalui highway Utara Selatan.
..nazim, din.nyon & alex menjadi rakan buruan pada kali ini. Masing-masing dengan’senjata’ dan tripod bagaikan penoreh getah masuk kerja. Mata mengantuk tidak terasa dek ‘habuan’ yang bakal menjelma.

Kami menerjah ke Alor Lempah, Kuala Kubu didalam gelap gulita..ketika jam baru menunjukkan 6 pagi. Ketika sampai dikawasan buruan..Kagum! itu merupakan perkataan yang bermain dikepala.

Kewujudan air terjun buatan manusia ini cukup mengkagumkan. Dari sungai yang mengalir deras dan luas ia menuruni landai yang menarik dan membentuk barisan air terjun yang panjang.

aimg_0245

aimg_0156Hujan renyai-renyai mula membasahi lensa kami, dan mulut mula berkumat-kamit meminta supaya hujan pergi.aimg_0234 Sayangnya hujan renyai tidak perduli. Awan agak tebal turut menjejaskan buruan subuh ini. Sempat juga melepaskan beberapa ‘das’ tembakan, sebelum bungkus segala peralatan dan bergerak pantas.

Mula mencari lokasi baru, keadaan hujan renyai-renyai sedikit pun tidak menggangu semangat kami untuk terus memburu. Kuala Kubu memang terkenal dengan ‘sport water rafting’ atau sukan air lasak, kelihatan beberapa pengemar sukan ini sudah mula menjelma dipagi hari untuk menguji diri.

“Kalau pergi.. Kuala Kubu tulis nama atas batu”, tapi kami tidak menjumpai batu yang dimaksudkan oleh Sudirman. Akan tetapi, kalau pegi Kuala Kubu jangan lupa ‘hunter’ DQ..atau masjid Darul Quran yang terletak ditepi tasik yang tenang. Ia menjadi ikon ‘buruan’ di Kuala Kubu yang wajib diabadikan.
Sekali lagi hujan renyai menjadi alasan, kehilangan awan dan langit cerah menenggelamkan wajah sebenar masjid ini. Pantulan air atau reflex, tidak seindah cermin.
Masjid DQ tetap indah dalam pelbagai bentuk cuaca, cuma tak terkalis air dek ‘senjata’.

Kami bernasib baik kerana terdapat khemah yang menjadi tempat berteduh, maka buruan pagi ini boleh dikatakan tidak menepati sasaran. Walaupun subjek didepan mata, tapi cuaca tidak mengizinkan. Apapun, kami tidak pulang hampa, ada juga bahan yang boleh di ‘geladah’ dan di ‘godam’ secukup rasa. Sekadar pemuas hati kaki fotografi.
Tapi kami puashati..walaupun cuaca irihati,
kami pasti akan kembali..kalau ade masa free.

Sekian.

4 Responses to “Kuala Kubu”

  1. Mofti ( Sepeda Johor ) Says:

    Assalammualaikum Sdr Izamree..
    Tahniah tuan, satu shot yang cukup menarik dan perlukan banyak kesabaran untuk mendapatkan hasil yang cukup bernilai. Saya pasti tuan telah banyak mempelajari teknik mengambil gambar dan banyak gambar-gambar yang menarik telah dihasilkan… saya juga telah melihat gambar-gambar menarik yang dirakam oleh photografer profesional. Saya ingin berkongsi dengan tuan satu laman photografer yang bagi saya ianya menarik, selain dari gambar yang dirakamkan ia juga memberi info teknik yang digunakan iaitu dari segi lense yang digunakan, bukaan dan juga speed yang digunakan untuk menghasilkan gambar yang telah dirakamkan. Cukup sesuai untuk mereka yang baru belajar untuk menjadi photografer. Tuan pastinya telah mahir dalam bidang ini. Laman yang saya maksudkan ialah http://www.digitalmukmin.com

    Mungkin juga tuan telah melihat laman web tersebut. ilmu yang dikongsikan cukup berguna. Terima kasih tuan dan teruskan merakam gambar-gambar yang menarik.

  2. Terima kasih Mofti,
    ..kerana sudi melawat blog ini dan memberi info site yg sesuai utk dilawati..
    Jemput la singgah lagi jika ada masa terluang.
    time kasih.

  3. pelangi Says:

    Sempena Lagu Sudirman Haji Arshad, ‘kalau pergi kuala kubu, tulis nama atas batu’, pihak MDHS telah menubuhkan Galeri Seni Dan Sastera Hulu Selangor dengan kerjasama SESAMA. Di sana, terdapat sebuah batu besar yang memang disediakan khas untuk sesiapa sahaja yang mahu mengabdikan nama mereka pada batu tersebut. Terima Kasih.

  4. Terima kasih pelangi..info mengenai ‘batu sudirman’ tu..kalau ada kelapangan waktu mungkin akan ke sana lagi. Hanya Majlis Daerah yang kreatif bakal menghasilkan penduduk yang kreatif. tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: