Archive for February, 2009

palembang- hari 2

Posted in photojournalism on February 25, 2009 by izamree

img_1494 Destinasi hari ke-2 adalah ke Pulau Kemaro yang terletak ditengah-tengah persimpangan Sungai Musi. Manakala, perut perlu diisi sebagai bekalan di Pulau Kemaro. Jetinya terletak dibawah Jambatan Ampera.img_1509 img_15041 Kami mencuba makanan ‘snak’ di jeti ini. Empek-empek rasanya seperti keropok lekor dengan bercecahkan cili.
Suasana disekitar dipenuhi oleh penjaja jalanan yang akan bekejar ke arah mangsa sambil menawarkan pelbagai barangan. img_1496
img_1516 Palembang banyak menghidangkan aksi kanak-kanak yang spontan. Walaupun hidup didalam kesempitan, akan tetapi, ketika bermain adalah waktu untuk bergembira riang.
img_1518 Kami menyewa sebuah bot laju yang boleh memuatkan 6 orang penumpang dengan kadar bayaran sebanyak 150,000 rupiah pergi dan balik.
img_1519 Keadaan bot dengan permukaan air hanya sejengkal jari.

Cukup mengerunkan, bot sekecil ini memecut laju memecah Sungai Musi dengan dibadai ombak gelora angkara bot-bot penumpang lain. img_1732
Dalam pada itu, Sungai Musi turut memaparkan kehidupan penduduk Palembang yang mengalir bagaikan sungai meneruskan hidup dengan bergantung sepenuhnya terhadap saliran keramat ini.
img_1551
img_1544
img_15451 Sungai Musi merupakan laluan air yang cukup sibuk, bukan saja ‘bot-bot rempit’.. bahkan, kapal-kapal besar, kapal pengangkut, bot tunda, rumah terapung dan pelbagai kenderaan air yang menjadikan sungai ini ‘trafik’
paling sesak.
img_1538
img_1561
img_1574Lebih kurang 20 minit kami dihambat badai, kelihatan sayup-sayup pagoda di Pulau Kemaro yang terletak ditengah-tengah Sungai Musi. Katanya pulau ini tidak pernah ditenggelami banjir walaupun sekitar tebing Musi dilanda bah. Nama Kemaro juga berasal dari perkataan kemarau.
img_1584 Mengikut kisahnya, kejadian pulau ini timbul secara tiba-tiba di Sungai Musi ini angkara cinta terhalang.
Dipercayai terdapat makam Tan Bun An (putera asal dari Tiongkok) dan Siti Fatimah (puteri Raja Palembang), dengan legenda cinta sejati antara dua bangsa dan budaya besar pada zaman dahulu.
img_1588
img_1619_20_21
Di Pulau Kemaro ini terdapat tokong, makam Puteri Sriwijaya Siti Fatima dan pagoda yang indah. Pulau ini akan dipenuhi oleh penduduk berbangsa Tionghua untuk merayakan perayaan Chap Goh Meh ketika menyambut tahun baru cina.

Kemeriahan Cap Go Meh di Pulau Kemaro makin terasa dengan berbagai pertunjukkan khas, seperti barongsai, opera cina dan seni tradisional etnik Tionghoa.
img_1625_6_7
img_1624_2_3
Selain tokong dan pagoda yang tersergam indah, lensa tertumpu kepada sekumpulan manusia yang sedang memerah keringat dibawah sinaran mentari yang terik.
img_1665
img_1675
Kumpulan 20 orang manusia ini sedang mengangkut pasir dari kapal pengangkut ke Pulau Kemaro. Kerja-kerja ini amat berat dan mengambil masa selama 6 jam untuk kerja-kerja memungah pasir dan dilakukan hampir setiap hari.

Bila ditanya kepada salah seorang pengangkut pasir ini, mengapa tidak digunakan jentera korek. Jawapan ringkas yang diberikan.. “nah! kalau begitu kami tiada pekerjaan..pak!”.
img_1680
img_1653
img_1698 Kami meninggalkan Pulau Kemaro dengan lagendanya dan penghuni pulau keramat ini. Pulau yang sebesar Dataran Merdeka ini bakal dibangunkan dengan lebih pesat lagi, cuma pembinaan pasti mengambil masa yang agak lama selagi tenaga manusia tanpa jentera digunakan.
img_1704
img_1738 Dalam perjalanan pulang ke jeti Ampera, tiba-tiba bot laju menjadi perlahan dan terus terhenti dilaluan sibuk ini. Keadaan bertukar menjadi panik seketika kerana bot-bot laju dan kapal-kapal besar yang lalu-lalang disini tidak diberi amaran dan kerosakan bot kami tidak dibantu oleh ‘kon kecemasan’.. terdampar dan hanyut di tengah-tengah laluan ‘lebuhraya sungai’ ini. Mujur ada bot yang simpati, menarik bot kami ke tepian sebelum enjin bot dijana semula. Kurang pasti adakah penarik bot ini ‘tonto tarik bot’..kerana tiada sepatah perkataan pun yang tersembul di mulut beliau.
img_1743
img_1756
Lega setelah sampai di jeti Ampera, dan pastinya Sungai Musi memberi kami pengalaman baru dan kamera ‘kenyang’ dengan bahan-bahan serta aktiviti penghuninya.

Sekian.

palembang – hari 1

Posted in photojournalism with tags , , on February 20, 2009 by izamree

img_1344 Penerbangan ke Palembang, bandar Srivijaya ini dari LCCT, KLIA hanya mengambil masa lebih kurang 45minit dengan tambang pergi-balik 300 ringgit sahaja. Agak berbaloi untuk berlibur atau dengan perkataan yang lebih tepat ‘pergi memburu’. Puas juga meredah internet mencari ‘lubuk-lubuk buruan’, ternyata kekurangan informasi yang boleh membantu ‘peta’ buruan kami.
Palembang terletak jauh dari lautan, akan tetapi, Palembang dilingkari oleh sungai-sungai yang boleh dimudik sehingga hampir ke seluruh daerah sekitar. img_1327 img_1362 img_1365Sungai merupakan jaringan perhubungan yang paling tua di Palembang dan masih terpenting sehingga kini. Sungai-sungai ini memaparkan aktiviti manusia yang hidup dengan alam sekitar serta menggunakan sungai sebagai sumber bekalan air.
img_1375 Penduduk Palembang agak mesra dengan ‘pendatang asing’ lebih-lebih lagi kelihatan ‘gadget’ tersangkut di tengkuk. Mudah memberikan ‘post’ spontan dan suka ‘di gambarin‘ (bergambar).
img_1377 img_1386 Kami singgah di Muzium Srivijaya, Sumatra Selatan ini bagi menjenguk peninggalan khazanah Datuk Parameswara, founder of Kesultanan Melaka. Hampa.. ‘hidangan’ kami hanyalah sebuah ‘balairong seri’ dan seketul batu asas perasmian tapak sejarah ini oleh Suharto. Dimana Parameswara?

Kami tinggalkan Parameswara dengan ‘Batu Asas’nya, …’mangsa buruan’ masih belum penuh dan kad memori kamera masih banyak ruang kosong. Perjalanan diteruskan, mencari ‘bayang-bayang’ Parameswara di Kota Srivijaya ini.
img_1430Tenunan Songket Palembang agak terkenal didaerah ini. Kerja-kerja menenun dilakukan oleh gadis-gadis muda yang begitu pakar bermain dengan benang. Dan kepantasan mereka menenun bukanlah jaminan menyiapkan sebidang kain songket seharian. Ia mengambil masa berbulan bagi menyiapkan 2 meter songket yang berkualiti.
img_1420
Didalam kesibukan memburu bahan, kami turut memburu makanan di Palembang ini, dan masakan Pindang adalah jamuan istimewa. Tiada perkataan yang boleh ditulis untuk mengambarkan rasa sebenar pindang.
img_1434
img_1438 Mula menyusur masuk ke Kota Palembang, maka terhidang pula pandangan yang amat biasa disetiap kota di Indonesia. Penjaja dan anak kecil meminta simpati menghiasi jalanan. Kekadang menyentuh perasaan bila melihat keadaan anak-anak kecil digendong oleh ‘ibu kecil’ yang menadah sedekah.
img_14561 img_1471Jambatan kebanggan penduduk Palembang, iaitu Jambatan Ampera yang merupakan mercu ‘visata’ atau tempat yang wajib dilawati. Ia umpama Golden Gates, San Francisco, cuma jambatan yang boleh diangkat-angkat untuk laluan kapal-kapal besar sudah tidak berfungsi lagi.
img_14641 Sungai yang mengalir dibawah Jambatan Ampera adalah Sungai Musi, ia begitu penting bagi pergerakkan ekonomi Palembang. Sepanjang sungai yang lebar ini kelihatan aktiviti-aktiviti perusahaan yang menjadikan sungai ini sebagai laluan utama. Pelabuhan, kilang, pasar dan rumah-rumah terapung dibina ditebing-tebing sungai.
img_1483
Kota Sriwijaya, kampung Parameswara

Sekian.

borobudur

Posted in photojournalism on February 16, 2009 by izamree

img_9535
Candi Borobudur terletak di daerah Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Ia merupakan candi Buddha, dan ditemui pada 1814 oleh orang British. Terletak diantara dua gunung berapi iaitu Sundoro-Sumbing dan Merbabu-Merapi, dengan pertemuan dua sungai, iaitu Progo and Elo.img_9585
Katanya candi Borobudur ini dibina pada 800 tahun masihi ketika Dinasti Sailendra dibawah pengaruh empayar Sriwijaya. Ia mengambil masa selama 75 tahun untuk menyiapkan candi ini ketika dibawah pemerintahan Samaratunga.
img_9575
Apa yang pasti candi Borobudur ini dibina oleh mereka pada zaman kegelapan ‘technology’, tiada arkitek binaan, tiada jentera canggih, tiada jurukur bangunan akan tetapi candi Buddha bersegi empat ini memiliki bentuk geometri yang tepat, bertingkat-tingkat serta memiliki 2600 lebih ukiran didinding dan 504 patung Buddha. sesetengah patung Buddha telah kehilangan kepala dan ada yang masih cukup sifatnya.
img_9616
img_9632Ketika candi Borobudur ini ditemui, ia dilitupi dengan lava gunung berapi dan dipenuhi dengan tumbuhan hutan yang menyembunyikan kewujudannya. Usaha-usaha memulih candi Buddha ini telah lama dilakukan akibat hakisan, gempa bumi dan sistem saliran air purba yang telah meruntuhkan sebahagian kawasan candi Borobudur.
img_9648 Ia umpama menyelesaikan ‘puzzle’ raksaksa yang besar. Dengan batu-batan yang berat disusun semula, dinomborkan, direkodkan dan di’purba’ kan permukaan batuan yang baru menjadi lama.
img_9661 Kerja-kerja membaik pulih dilakukan dengan teliti dengan mengikut tradisi seni pertukangan tangan yang rumit. Masih tiada mesin yang membantu pekerja-pekerja ini membaik-pulih, segalanya dilakukan dengan tangan dan kudrat manusia.
img_9660
Kewujudan candi-candi Budda mahupun rumah-rumah berhala bukanlah asing bagi rakyat Indonesia, kerana banyak candi-candi purba ini berada di merata tempat di tanah Indonesia.
img_9595
img_95101 Apapun, manusia memang mengkagumi tuhan mereka, dan tempat bersembahyang atau menyembah tuhan akan dibina sebesar-besarnya dan keagongan tuhan perlu dijelmakan melalui seni bina halus yang tersendiri.

Sekian.

cepogo 2 borobudur-magelang

Posted in photojournalism on February 12, 2009 by izamree

img_9314Kami meninggalkan Pasar Cepogo dengan kenangan yang sukar dilupakan. Warga Cepogo yang ramah dengan senyuman memenuhi koleksi didalam kamera. Keunikan yang jarang ditemui.img_9241
Perjalanan diteruskan, kelihatan para petani yang sibuk dengan tugas harian, mendaki bukit dengan berbekalkan bebanan yang berat, bagaikan pemandangan biasa di Magelang ini.img_9379
“Tinggal setengah jam untuk sampai ke destinasi pak!”- kata Ardy yang menjadi pemandu van kami.

Dalam pada itu, sekali lagi lensa kami dihidangkan pekerjaan yang jarang dilakukan didunia. Kami terserempak dengan sekumpulan manusia yang menuruni bukit dengan badan berikat bakul yang berisi tanah.
img_9424Mereka bagaikan kumpulan keluarga yang melakukan kerja keras ini. Kelihatan ayah, ibu dan anak kecil bergelumang didalam timbunan pasir yang berjaya dibawa turun dari gunung berapi berhampiran.
img_9433
img_9436 Tanah yang diambil di puncak gunung berapi merupakan tanah yang berkualiti untuk dijadikan tanah baja. Kerja-kerja menurunkan bakul tanah yang seberat 20kg ini dilakukan setiap hari tanpa merasa jemu kerana inilah mata pencarian bagi menyara keluarga.

Kami kurang pasti berapa bayaran yang bakal diterima oleh ‘saudagar tanah’ ini. Tapi, apa yang pasti kerja ini cukup berat untuk seorang ibu yang berusia 53 tahun ini.
img_9467
img_93821
Kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Inilah hakikat kehidupan dan bagi penduduk Magelang ia bukanlah satu bebanan hidup akan tetapi kesinambungan kehidupan yang perlu ditempuh. Tiada perkataan senang-lenang disini dan setiap perlakuan adalah untuk ‘survival’.
img_9395_3_4
Inilah gunung berapi yang paling aktif didunia, kepadatan penduduk disekitarnya cukup merungsingkan jika ia meletus satu hari nanti. Tapi, kesuburan disekitar Merapi tidak boleh disangkalkan lagi. Tanah beradun lava berapi ini mengeluarkan hasil buminya yang cukup lumayan dan terbaik.
img_9453
Perjalanan sejauh 3 jam setengah tidak terasa lelahnya. Pemandangan yang memukau mata mahupun lensa kamera sering melalaikan. Saujana mata memandang..sayup-sayup Gunung Merapi dengan kabus melewati dan tiupan angin yang dingin cukup menyegarkan.
img_9409

Sekian.