lorong tua bentong

..dari Pasar Bentong kami menyeberangi jalan dengan menapak ke satu lorong yang agak unik di pekan ini. Jika diperhatikan lorong kecil ini bagaikan penyimpan khazanah pekan Bentong.
Lorong ini bersebelahan dengan Hotel Cheong Aik yang merupakan hotel terawal dibuka.
img_7380
img_7385
img_7386
Kami cukup beruntung kerana ada sedikit pameran ‘mini muzium’ di lorong ini. Basikal-basikal tua menjadikan lorong ini sebagai ‘valley parking’ tanpa ‘jokey’ dan kehadiran motor vespa sekaligus melengkapkan lorong ini sebagai kawasan yang wajib ‘diburu’!.
img_7383
Terdapat gerai menjual surat khabar atau ‘jajan’ bagi ‘penghuni’ lorong ini. Ia lengkap, selesa dan redup. Kawasan paling ideal di tengah-tengah pekan Bentong.
img_7394
Kelihatan kerusi ‘menanti usia’ disini. Selalunya kerusi ini dipenuhi oleh ‘kaki-kaki dam’ yang telah menjadikan lorong ini sebagai tempat untuk ‘naik haji’. Mungkin kami terlalu awal pagi ini, jadi hanya kelihatan 2-3 warga emas yang sabar menanti rakan-rakan lain yang mungkin sedang sibuk bekerja di pasar atau masih dibuai mimpi dirumah.
img_7388
Nazim dan Zul mula mengupas cerita yang disimpan oleh warga lorong unik ini.
img_7390img_7420
Hanya berlesenkan kamera dslr dan senyuman, kami dapat berbual dengan penghuni lorong tua ini, Mr.Tee merupakan bekas guru sekolah menengah yang mengajar di pekan ini. Dan sebagai guru pesara yang telah lama berkhidmat, beliau mempunyai pelbagai pengalaman untuk dikongsi.

Sepanjang perkhidmatan beliau mengajar di sekolah kerajaan hanya satu sahaja keluhan beliau, iaitu guru terlalu banyak dibebani dengan pelbagai kertas kerja,report, meeting, kursus dan pelbagai lagi, manakala mengajar di kelas sudah tidak menjadi asas utama profesion sebagai seorang guru.
img_7408
Mata lens terus merakam pemilik basikal tua yang disusun rapi disepanjang dinding lorong. Kami terus membuka bicara dan salam disapa, bertanya khabar berita.
img_7413
Atuk ini berusia 86 tahun, manakala basikal beliau dibeli pada tahun 1959..dua tahun selepas merdeka. Beliau merupakan penduduk asal melayu di pekan Bentong.

Orangnya masih gagah dan sihat tubuh badan. Katanya beliau dari Kampung Gemeti dan berkayuh ke pekan Bentong ini sejauh 13km. Kelihatan beliau membeli barangan dapur seperti telur dan susu disini, jika diajukan soalan mengapa tidak membeli barangan di kedai runcit berhampiran di kampung? ..katanya mahal 10sen dari disini, tambahnya lagi disini ada kawan minum teh.
img_7418
img_7402
Yang pasti ‘Lorong Tua’ ini akan menjadi sebahagian lipatan sejarah pekan Bentong, jika semua warga emas ini meninggalkan lorong tua ini satu persatu. Mungkin satu hari nanti, ‘valley parking sepeda tua’ menjadi parking meter berbayar dan tiada lagi riak-riuh ‘naik haji’ apabila buah dam bertenggek dua.

..meneruskan lagi perjalanan di Bentong..

Sekian

5 Responses to “lorong tua bentong”

  1. Assallammualaikum….

    Kalau diamati trend photojournalSaudara Izamree sekarang nie telah beralih kepada dua dalam satu. Pastinya fhoto sepeda tua akan diselitkan dalam setiap journal keluaranya kali ini. Syabas, jiwa seni terus membara dalam diri saudara. Saya cadangkan supaya saudara muatkan journal tentang pembikinan arang kayu, kaedah pembikinan arang tersebut kian hari nampak makin pupus ditelah arus pemodenan dan penggunaan kayu arang telah diambil alih oleh penggunaan gas memasak. Hanya mereka – mereka yang tabah dalam pembikinan arang kayu sahaja yang masih dapat bertahan di dalam perusahaan tersebut.

    ‘SELAMAT TAHUN BARU 2009 ” semuga tahun 2009 ini lebih menceriakan fhotojournal saudara.

  2. salam..maaf..atuk tua tu sbnrnya bukan dr kampung kerinchi tetapi dr kampung gemeti..beliau memang warga yg tertua di kampung tersebut..anyway..nice pics..

  3. salam, terima kasih cucu aki kerana membuat pembetulan, kesilapan yang tidak disengajakan. Jika anda kenal dengan atuk ini, sampaikan salam padanya. Terima kasih sekali lagi.

  4. Salam Encik Izamree..ingin dimaklumkan atuk dalam gambar ini telah Pulang ke rahmatullah pada Isnin 20 january 2013.Alfatihah untuk arwah…beliau merupakan saudara arwah ayah saya

  5. Al Fatihah moga2 rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: