bendang sekinchan

..suasana pagi..
img_6721Setelah hampir sebulan tidak keluar ‘memburu’ ditanahair sendiri, kini fotoblog memaparkan keindahan ‘kawah nasi’ negeri Selangor. Sekinchan namanya, daerah yang terletak di Sabak Bernam. Merupakan kawasan penanaman padi yang ke-2 terbesar selepas Si Jelapang Padi Negara dibahagian utara tanahair. img_6660_1_21
Perjalanan kami, dibasahi dek hujan renyai-renyai dari subuh kala lagi. Awan mendung mengekori kami bagaikan payung bergerak menuju destinasi yang sama. Jampi serampah berkumat-kamit didalam hati.. menghembus supaya awan pergi.img_6627_8_91
Nasib menyebelahi kami, hujan renyai mula berhenti, sang mentari munculkan diri, sang pelangi menerjah bumi. img_6546

Kelihatan 2 jentera padi ditengah bendang yang terbentang luas sedang melakukan ‘warm-up’ atau pemanas enjin sebelum ‘membanting tulang’. Salam diberi sebagai tanda kehadiran kami disisi jentera perkasa ini. Tidak banyak bualan yang dapat dilepaskan kepada pemuda ini, kerana beliau begitu sibuk mengeladah ‘perut’ jentera sebagai persiapan meredah selut sawah.
img_6575_3_4
img_6615_6_7
Pemuda ini pendiam orangnya, tapi sempat juga melontarkan jawapan sepatah dua. Katanya, jentera menuai ini mampu ‘menelan’ hasil padi sebanyak 12 tan didalam muatannya. Kerja-kerja menuai ini mengambil masa sehingga 8 jam sehari.
img_6606_7_8
img_6636_7_8
Bulan November-Disember adalah waktu yang terbaik untuk melihat padi dituai, usah anda bermimpi untuk mencari warga tani yang membanting padi disini. Segala kerja menuai padi telah diambil alih oleh jentera-jentera besar dan kilang-kilang padi yang sedia berkhidmat.
img_66831
img_6761
Selepas sahaja jentera tuai ini bergerak, tiada lagi ayat yang dapat disumbangkan, hanya bunyi deruan enjin diesel yang mengegar bumi. Kami umpama pemburu raksaksa besi yang meratah bunting padi yang menguning.
img_6696
img_6740
Lori mengangkut padi juga mula mengorak langkah mengambil tempat ditepi bendang, menjadi kenderaan ‘angkut’ sebelum ‘memuntahkan’ hasil tuaian padi dikilang-kilang berhampiran.
img_6779
img_6772

img_6783 Ketika ini, jalan-jalan lebih banyak dikuasai oleh Si Raksaksa Besi ini, bagaikan ‘Raja Jalanan’ jentera menuai ini perlu diberi laluan seluas-luasnya.

Memandangkan kedudukan bendang Sekinchan yang paling hampir dengan Kuala Lumpur, ia telah menarik penduduk kota atau lebih tepat lagi ‘pemburu gambar ‘ mendapatkan panorama sawah.
img_6805 Setelah penat memburu raksaksa besi, kami singgah di warung kopi Parit 4 untuk membasahkan tekak. Kelihatan roti Sekinchan sedia terhidang diatas meja. Kelihatan juga penduduk yang sedang menikmati kopi sambil berbual-bual sebelum memulakan semula tugas masing-masing.
img_68111
img_6803
img_6674_2_3Beginilah suasana Bendang Sekinchan ketika musim menuai.. warganya hidup tenang dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan olehNya. ..’ikut rasmi padi makin tunduk makin berisi’..

..suasana hampir tengahari..
..Kami terus menyelinap di segenap ceruk Sekinchan, dari Jalan Parit 4 kawasan sawah, kami menyeberang ‘hi-way’ dan menuju Parit 5 dibahagian laut pula. img_6815 Bak kata orang sedikit usaha pasti berbaloi.. ..walaupun bumi Sekinchan ini tidak pernah kami jejaki tetapi ‘lens dan shutter’ sentiasa dahargakan ‘tembakan’ maut!.
img_6822_3_4
img_68341 Umpama langkah kanan, setiap lokasi ada pencerita menanti..salam diberi memperkenalkan diri, berbual mesra mencari ‘isi’, sambil kamera dipetik jari.

Dua sahabat sedang berbual dibawah pohon yang redup sambil mata menjenguk ke tepian lautan yang sedang surut, disitu kelihatan empat kanak-kanak yang sedang mengutip kerang untuk santapan tengahari bersama keluarga.
img_6840
img_6837
Kurang pasti adakah kanak-kanak ini anak nelayan yang biasa dengan bermandikan lumpur atau budak sekolah yang menghabiskan cuti sekolah hujung tahun dengan selut lumpur di pantai Sekinchan ini.

img_68441 Mereka juga tergolong sebagai warga tani, cuma dunia mereka berbeza..dibendang tadi adalah ‘jagoan lintah darat’ manakala mereka pula ‘nakhota samudera lautan’.
img_6839
img_6831
“Sekarang bukan musim kerang, tetapi masih ada kerang yang boleh dikutip untuk santapan diatas meja sahaja”..kata salah seorang nelayan yang memberi serba sedikit informasi aktiviti penduduk kampung dan nelayan Sekinchan.

..suasana tengahari..
..kami bertukar tempat, mencari ‘makanan’ untuk santapan kamera.. biar berlapar perut asalkan kamera kenyang dengan hidangan..
img_6850_48_49
Sekali lagi nasib menyebelahi kami, walaupun hujan renyai menjadi mukadimah hari ini ..tetapi ‘bahan’ yang diperolehi menyedapkan hati. Cuti sekolah menjadi alasan kepada gambar yang diperolehi, kanak-kanak kelihatan disana sini melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukan oleh kanak-kanak bandar. Malah permainan mereka lebih kepada alam persekitaran.
img_6891
img_6854
img_6904
Jika dilihat gerak-geri mereka, sah! mereka anak desa yang cukup berpengalaman untuk bebas bermain lumpur, terjun laut, mancing, melompat dari satu perahu ke perahu yang lain tanpa perasaan takut atau gerun, segalanya dilakukan secara ‘natural’ dan begitu spontan. Tiada kelihatan ibubapa yang beraut cemas atau memekik terlolong nama si anak berulang kali… tiada. Permandangan sedemikian memang tiada disini.. img_6893
img_68971
img_6917Pelbagai mainan didalam satu masa.. memperlihatkan keseronokan yang tiada batasnya, umpama Taman Kanak-kanak tanpa jongkang-jongkit, buaian atau ‘kuda spring’.

Yang pasti kanak-kanak ini tidak duduk dibawah pokok kelapa sambil menekan butang ‘PSP’.. adakah suatu hari nanti tiada lagi aksi ‘terjun tiruk’? ..tidak mustahil aksi ‘stunt’ mereka bakal ‘dirampas’ oleh hero-hero games elektronik.
img_6877
img_6907
img_6938
img_6866
Penduduk Sekinchan cukup peramah, tidak pernah rasa terasing ketika berlegar disekitar ceruk kampung, terdapat juga Home Stay yang ditawarkan, dibeberapa bahagian Sekinchan ini.

Perkataan yang sesuai untuk Sekinchan adalah ‘Indah dan Permai’.

Sekian

16 Responses to “bendang sekinchan”

  1. perghh …superb story bro. Puas hati gua baca ..

  2. ..thanx bro..bahan dah abih bro..nak kene cari lagi ni..🙂

  3. nazarudin... Says:

    nice story… very2 nice picture…. jeles aku tgk….

  4. sungguh nostalgia entry ..bagaikan saya pulang ke kg halaman sendiri😀
    rindu sekinchan 4ever !

  5. ..thank you sis, checkout your blog..saw my pic kat sinun..anyway, thanks for credit..

  6. Hebat ! its alive , pagi sampai petang. … tapi malam mcmane?

  7. terima kasih ezad, malam kawasan bendang tak berlampu..tak sesuai untuk landscape shoot..kalau shoot/strobe model, jentera..tu boleh..tapi, tak larat ler nak tunggu sampai malam..🙂

  8. sekincan boy Says:

    best gile citer nyer….len kali dtg la lg kt parit 4 wat cite len plak….

  9. nur nadia rusli Says:

    huhuu.. bagos3.. bt bnyk2 lagik okes.. ayah saye pakai topi kuning baju biru. ni kmpg saye la ni.. hihiii.. : )

  10. ..thank you nadia,
    ooo..pakcik kat warung tu ayah ke?..heheh what a small world..nanti kalu jumpe ayah kirim salam kat dia.

  11. asal gambar abah aku ada?
    kah3…

  12. Very nice blog and clear image.. How you did it? bro..

  13. Thank you shammera, – Most of the image is in HDR. TQ🙂

  14. nak tunggu balik kg sebulan sekali, so kalau rindu, i tgk la gambar2 di blok u ni, TQ so much!!!!

  15. sekinchan boy, u pun duduk kat parit 4 ker?

  16. thanks zai..
    Ramai viewer blog ni adalah org sekinchan yg rindu kampung halaman, not sure kerja diperantauan atau hanya di KL.. kalu di KL..cuma 45minit jer utk balik melepaskan rindu..anyway, Sekinchan Rock!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: