Archive for December, 2008

lorong tua bentong

Posted in photojournalism with tags on December 25, 2008 by izamree

..dari Pasar Bentong kami menyeberangi jalan dengan menapak ke satu lorong yang agak unik di pekan ini. Jika diperhatikan lorong kecil ini bagaikan penyimpan khazanah pekan Bentong.
Lorong ini bersebelahan dengan Hotel Cheong Aik yang merupakan hotel terawal dibuka.
img_7380
img_7385
img_7386
Kami cukup beruntung kerana ada sedikit pameran ‘mini muzium’ di lorong ini. Basikal-basikal tua menjadikan lorong ini sebagai ‘valley parking’ tanpa ‘jokey’ dan kehadiran motor vespa sekaligus melengkapkan lorong ini sebagai kawasan yang wajib ‘diburu’!.
img_7383
Terdapat gerai menjual surat khabar atau ‘jajan’ bagi ‘penghuni’ lorong ini. Ia lengkap, selesa dan redup. Kawasan paling ideal di tengah-tengah pekan Bentong.
img_7394
Kelihatan kerusi ‘menanti usia’ disini. Selalunya kerusi ini dipenuhi oleh ‘kaki-kaki dam’ yang telah menjadikan lorong ini sebagai tempat untuk ‘naik haji’. Mungkin kami terlalu awal pagi ini, jadi hanya kelihatan 2-3 warga emas yang sabar menanti rakan-rakan lain yang mungkin sedang sibuk bekerja di pasar atau masih dibuai mimpi dirumah.
img_7388
Nazim dan Zul mula mengupas cerita yang disimpan oleh warga lorong unik ini.
img_7390img_7420
Hanya berlesenkan kamera dslr dan senyuman, kami dapat berbual dengan penghuni lorong tua ini, Mr.Tee merupakan bekas guru sekolah menengah yang mengajar di pekan ini. Dan sebagai guru pesara yang telah lama berkhidmat, beliau mempunyai pelbagai pengalaman untuk dikongsi.

Sepanjang perkhidmatan beliau mengajar di sekolah kerajaan hanya satu sahaja keluhan beliau, iaitu guru terlalu banyak dibebani dengan pelbagai kertas kerja,report, meeting, kursus dan pelbagai lagi, manakala mengajar di kelas sudah tidak menjadi asas utama profesion sebagai seorang guru.
img_7408
Mata lens terus merakam pemilik basikal tua yang disusun rapi disepanjang dinding lorong. Kami terus membuka bicara dan salam disapa, bertanya khabar berita.
img_7413
Atuk ini berusia 86 tahun, manakala basikal beliau dibeli pada tahun 1959..dua tahun selepas merdeka. Beliau merupakan penduduk asal melayu di pekan Bentong.

Orangnya masih gagah dan sihat tubuh badan. Katanya beliau dari Kampung Gemeti dan berkayuh ke pekan Bentong ini sejauh 13km. Kelihatan beliau membeli barangan dapur seperti telur dan susu disini, jika diajukan soalan mengapa tidak membeli barangan di kedai runcit berhampiran di kampung? ..katanya mahal 10sen dari disini, tambahnya lagi disini ada kawan minum teh.
img_7418
img_7402
Yang pasti ‘Lorong Tua’ ini akan menjadi sebahagian lipatan sejarah pekan Bentong, jika semua warga emas ini meninggalkan lorong tua ini satu persatu. Mungkin satu hari nanti, ‘valley parking sepeda tua’ menjadi parking meter berbayar dan tiada lagi riak-riuh ‘naik haji’ apabila buah dam bertenggek dua.

..meneruskan lagi perjalanan di Bentong..

Sekian

Advertisements

Pasar Bentong

Posted in photojournalism with tags on December 18, 2008 by izamree

img_7593_1_2Kali ini kami mendaki Banjaran Titiwangsa, pekan yang menjadi sasaran adalah Bentong. Selepas sahaja tol Gombak, suasana mula berbeza..dengan pagi yang dingin Karak Highway memaparkan Hutan Hujan Khatulistiwa dengan bukit-bukau yang masih diselaputi kabus. Kenderaan mendaki dan melunsur laju dengan sesekali ‘brek’ menjadi mainan kaki.
img_7199 Hanya 45 minit dari Kuala Lumpur, pintu Pekan Bentong ‘disambut’ oleh Restoran Zalifah bagi ‘memenuhi’ selera pagi kami, kelihatan juga lori-lori balak dari Kelantan singgah bersarapan dengan kopi panas, teh tarik dan nasi lemak dimeja. Pagi ini kami menikmati ‘Sarapan Pagi’ yang sebenar.. dengan menghirup udara hutan serta ‘bahan’ yang datang menyerah diri.
img_7221 Marimuthu atau Mutu telah hampir 20 tahun menjadi ‘pasar bergerak’. Dengan memberi perkhidmatan kepada penduduk Bentong yang tinggal berjauhan dengan pasar besar di pekan. ‘Pasar Bergerak Mutu’ ini lengkap dengan barangan basah dan kering untuk masakan harian.
img_7214
img_7211 img_7226 Mutu cukup mesra dengan pelanggannya malah kenal dengan panggilan nama. Dan mereka adalah ‘customer’ yang setia setiap pagi menanti kehadirannya.
img_7227
Kami mula bergerak setelah perut diisi dengan nasi lemak, dari ‘pasar bergerak’ ke ‘pasar kekal’ atau Pasar Besar Bentong adalah destinasi seterusnya. img_7229
img_7242 Pasar merupakan tempat bermulanya tamadun manusia mengenali sektor perdagangan dan disinilah penduduk Bentong berjual-beli bagi memenuhi kehendak harian.

Waktu pagi pasar Bentong ini cukup aktif.. pelbagai ragam pembekal, peniaga dan pembeli memenuhi skop paparan kali ini.

Pasar Bentong dibahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian Dalam dan Luar. Barangan basah seperti ayam, ikan, daging memonopoli section didalam pasar.
img_7254
img_7263
img_7267
Peniaga pasar ini terdiri dari pelbagai kaum dan mereka merupakan penduduk sebenar di pekan Bentong ini. Keharmonian terserlah dengan ‘bahasa pasar’ menguasai pertuturan mereka.

Laungan suara..memekik harga, panggilan mesra..menimbang bicara, susuran becak..barang dihenyak, bau menusuk..baru atau buruk.
Inilah pasar, keadaan yang hampir sama disetiap daerah diseluruh negeri, cukup unik untuk dirakamkan, kerana setiap sudut mempunyai ‘cerita’ yang berbeza.
img_7280
img_7278
img_7311img_7308
img_7287Jika ditanya usia perniagaan mereka di pasar ini, jawapannya sentiasa melebihi angka 10 tahun.
Ini membuktikan mereka sudah ‘masak’ dengan persekitaran dan kehidupan dipasar Bentong. Usia bukan faktor utama pekerjaan di pasar ini, akan tetapi bilangan warga emas melebihi warga muda.
img_73151
Jika keluarga mereka peniaga disini, maka ini merupakan rumah kedua yang mewarnai hidup suka dan duka, inilah tempat bermain bersenda, dan disinilah tempat menuntut sumber ilmu.
img_7316

Dari bahagian dalam, kami melangkah ke bahagian luar pula. Disini suasana amat berbeza dengan persekitaran dalaman. Ia lebih segar dan terbuka.. mentari pagi menyinar memancar manusia yang berniaga dibawah payung berwarna.
img_7318
img_7336
img_7348
img_7352
Pasar ini umpama berniaga dengan ‘kenalan lama’, kebanyakan peniaga mengenali pelanggan mereka. Tawar-menawar telah menjadi adat yang sebati ketika membeli.
img_7364
img_73761
Kehadiran kami di pasar Bentong telah memberi sedikit kelainan pada pagi ini, peniaga-peniaga begitu ramah dan mesra untuk bercerita serta berkongsi pengalaman. Bagai ingin menceritakan segalanya, cuma tiada kesempatan masa.

Yang pasti pasar akan sentiasa ‘relevan’ untuk masa depan.

Sekian.

bendang sekinchan

Posted in photojournalism with tags on December 9, 2008 by izamree

..suasana pagi..
img_6721Setelah hampir sebulan tidak keluar ‘memburu’ ditanahair sendiri, kini fotoblog memaparkan keindahan ‘kawah nasi’ negeri Selangor. Sekinchan namanya, daerah yang terletak di Sabak Bernam. Merupakan kawasan penanaman padi yang ke-2 terbesar selepas Si Jelapang Padi Negara dibahagian utara tanahair. img_6660_1_21
Perjalanan kami, dibasahi dek hujan renyai-renyai dari subuh kala lagi. Awan mendung mengekori kami bagaikan payung bergerak menuju destinasi yang sama. Jampi serampah berkumat-kamit didalam hati.. menghembus supaya awan pergi.img_6627_8_91
Nasib menyebelahi kami, hujan renyai mula berhenti, sang mentari munculkan diri, sang pelangi menerjah bumi. img_6546

Kelihatan 2 jentera padi ditengah bendang yang terbentang luas sedang melakukan ‘warm-up’ atau pemanas enjin sebelum ‘membanting tulang’. Salam diberi sebagai tanda kehadiran kami disisi jentera perkasa ini. Tidak banyak bualan yang dapat dilepaskan kepada pemuda ini, kerana beliau begitu sibuk mengeladah ‘perut’ jentera sebagai persiapan meredah selut sawah.
img_6575_3_4
img_6615_6_7
Pemuda ini pendiam orangnya, tapi sempat juga melontarkan jawapan sepatah dua. Katanya, jentera menuai ini mampu ‘menelan’ hasil padi sebanyak 12 tan didalam muatannya. Kerja-kerja menuai ini mengambil masa sehingga 8 jam sehari.
img_6606_7_8
img_6636_7_8
Bulan November-Disember adalah waktu yang terbaik untuk melihat padi dituai, usah anda bermimpi untuk mencari warga tani yang membanting padi disini. Segala kerja menuai padi telah diambil alih oleh jentera-jentera besar dan kilang-kilang padi yang sedia berkhidmat.
img_66831
img_6761
Selepas sahaja jentera tuai ini bergerak, tiada lagi ayat yang dapat disumbangkan, hanya bunyi deruan enjin diesel yang mengegar bumi. Kami umpama pemburu raksaksa besi yang meratah bunting padi yang menguning.
img_6696
img_6740
Lori mengangkut padi juga mula mengorak langkah mengambil tempat ditepi bendang, menjadi kenderaan ‘angkut’ sebelum ‘memuntahkan’ hasil tuaian padi dikilang-kilang berhampiran.
img_6779
img_6772

img_6783 Ketika ini, jalan-jalan lebih banyak dikuasai oleh Si Raksaksa Besi ini, bagaikan ‘Raja Jalanan’ jentera menuai ini perlu diberi laluan seluas-luasnya.

Memandangkan kedudukan bendang Sekinchan yang paling hampir dengan Kuala Lumpur, ia telah menarik penduduk kota atau lebih tepat lagi ‘pemburu gambar ‘ mendapatkan panorama sawah.
img_6805 Setelah penat memburu raksaksa besi, kami singgah di warung kopi Parit 4 untuk membasahkan tekak. Kelihatan roti Sekinchan sedia terhidang diatas meja. Kelihatan juga penduduk yang sedang menikmati kopi sambil berbual-bual sebelum memulakan semula tugas masing-masing.
img_68111
img_6803
img_6674_2_3Beginilah suasana Bendang Sekinchan ketika musim menuai.. warganya hidup tenang dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan olehNya. ..’ikut rasmi padi makin tunduk makin berisi’..

..suasana hampir tengahari..
..Kami terus menyelinap di segenap ceruk Sekinchan, dari Jalan Parit 4 kawasan sawah, kami menyeberang ‘hi-way’ dan menuju Parit 5 dibahagian laut pula. img_6815 Bak kata orang sedikit usaha pasti berbaloi.. ..walaupun bumi Sekinchan ini tidak pernah kami jejaki tetapi ‘lens dan shutter’ sentiasa dahargakan ‘tembakan’ maut!.
img_6822_3_4
img_68341 Umpama langkah kanan, setiap lokasi ada pencerita menanti..salam diberi memperkenalkan diri, berbual mesra mencari ‘isi’, sambil kamera dipetik jari.

Dua sahabat sedang berbual dibawah pohon yang redup sambil mata menjenguk ke tepian lautan yang sedang surut, disitu kelihatan empat kanak-kanak yang sedang mengutip kerang untuk santapan tengahari bersama keluarga.
img_6840
img_6837
Kurang pasti adakah kanak-kanak ini anak nelayan yang biasa dengan bermandikan lumpur atau budak sekolah yang menghabiskan cuti sekolah hujung tahun dengan selut lumpur di pantai Sekinchan ini.

img_68441 Mereka juga tergolong sebagai warga tani, cuma dunia mereka berbeza..dibendang tadi adalah ‘jagoan lintah darat’ manakala mereka pula ‘nakhota samudera lautan’.
img_6839
img_6831
“Sekarang bukan musim kerang, tetapi masih ada kerang yang boleh dikutip untuk santapan diatas meja sahaja”..kata salah seorang nelayan yang memberi serba sedikit informasi aktiviti penduduk kampung dan nelayan Sekinchan.

..suasana tengahari..
..kami bertukar tempat, mencari ‘makanan’ untuk santapan kamera.. biar berlapar perut asalkan kamera kenyang dengan hidangan..
img_6850_48_49
Sekali lagi nasib menyebelahi kami, walaupun hujan renyai menjadi mukadimah hari ini ..tetapi ‘bahan’ yang diperolehi menyedapkan hati. Cuti sekolah menjadi alasan kepada gambar yang diperolehi, kanak-kanak kelihatan disana sini melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukan oleh kanak-kanak bandar. Malah permainan mereka lebih kepada alam persekitaran.
img_6891
img_6854
img_6904
Jika dilihat gerak-geri mereka, sah! mereka anak desa yang cukup berpengalaman untuk bebas bermain lumpur, terjun laut, mancing, melompat dari satu perahu ke perahu yang lain tanpa perasaan takut atau gerun, segalanya dilakukan secara ‘natural’ dan begitu spontan. Tiada kelihatan ibubapa yang beraut cemas atau memekik terlolong nama si anak berulang kali… tiada. Permandangan sedemikian memang tiada disini.. img_6893
img_68971
img_6917Pelbagai mainan didalam satu masa.. memperlihatkan keseronokan yang tiada batasnya, umpama Taman Kanak-kanak tanpa jongkang-jongkit, buaian atau ‘kuda spring’.

Yang pasti kanak-kanak ini tidak duduk dibawah pokok kelapa sambil menekan butang ‘PSP’.. adakah suatu hari nanti tiada lagi aksi ‘terjun tiruk’? ..tidak mustahil aksi ‘stunt’ mereka bakal ‘dirampas’ oleh hero-hero games elektronik.
img_6877
img_6907
img_6938
img_6866
Penduduk Sekinchan cukup peramah, tidak pernah rasa terasing ketika berlegar disekitar ceruk kampung, terdapat juga Home Stay yang ditawarkan, dibeberapa bahagian Sekinchan ini.

Perkataan yang sesuai untuk Sekinchan adalah ‘Indah dan Permai’.

Sekian