kilang gitar

img_5097 Jarak perjalanan menuju ke Baiyun District dari Kota Guangzhou mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Pagi disuluh mentari yang cerah tetapi suhu yang dingin 15 darjah celsius memberikan suasana yang nyaman sepanjang perjalanan. Bermula dengan kilang gitar letrik, sebuah kilang gitar yang lengkap..dari sekeping kayu diproses sehingga menjadi alat musik yang berkualiti dan berjenama.
img_5204
img_5113Proses membuat gitar dilakukan oleh para pekerja yang telah disektorkan mengikut kepakaran masing-masing. Kebanyakkan kayu diimport dari luar negara, seperti mahogany, basswood, maple, swamp ash dan pelbagai jenis kayu mengikut jenama yang bakal dilabel keatas sesebuah gitar.img_5126
img_5098Badan gitar umpama gadis berpinggang ramping dan untuk membuat peralatan muzik yang sexy ini, perlu diambil kira dari segi jenis kayu, rupa bentuk, konfigurasi leher, bridge dan pickups. Setiap gitar perlu memiliki kepala tuning atau headstock yang boleh diulas dan diselaras.
img_5132
img_5145
Kilang gitar ini mampu menghasilkan 100 unit gitar letrik dalam sehari. Ia bergantung terhadap permintaan semasa dan kesukaran spesifikasi yang dipesan.
img_5186 Bukan sahaja badan gitar yang dilahirkan disini, malah amplifier dan speaker juga dihasilkan dikilang ini. Kesungguhan para pekerja menyiapkan tugasan yang diberi cukup mengkagumkan. Dan kebanyakan proses pembuatan gitar dilakukan secara handmade.img_5143 Kebolehan mereka bukan sahaja proses pembikinan malah lebih kepada menjaga kualiti akibat dari pesanan jenama-jenama terkemuka yang mungkin digunakan oleh ahli-ahli muzik terkenal. Sebelum ia sampai ke tangan celebriti, setiap gitar akan diuji kemampuan ‘bunyi letrik’ yang bakal mengegar pentas-pentas konsert.

Kita beralih pula ke kilang gitar acoustic atau gitar kapok. Disini proses pembikinan hampir sama tetapi berlainan bangsa, ia kategori klasik yang mempunyai badan yang berlubang tidak seperti si gitar letrik.
img_5224
img_52511
img_5266 img_5258Terlalu unik menjadi sebuah kilang gitar..pelbagai bentuk, jenama, size dan kaler mewarnai disetiap inchi kilang. Lens kamera meliar mencari subjek yang bakal disumbat ke memory card.
img_5283
Jika dilihat kilang gitar ini ia sekaligus mengambarkan betapa manusia memerlukan hiburan dan secara khususnya gitar dimainkan oleh berjuta manusia dimuka bumi ini. Keistimewaan gitar mengeluarkan bunyi getaran string boleh memukau pendengaran.

Sekian

8 Responses to “kilang gitar”

  1. Good photo.. and nice topic..

  2. thanx cathj for your visit..

  3. Salam izamree

    nice blog n pic u got here..ko kerja apa?nak masuk kat dalam kilang2 macam ni perlu ade kebenaran x?

  4. king.arm,
    Thanx for yr visit..mmg kene ada kebenaran bro..depend kilang apa yang nak ‘hunter’ lah..since ade related business ngan kilang ni so, i take the opportunity shoot skali lah..alang2 dapat masuk kilang ni..anyway, give me your link or contact bro..senang nak hook-up ngan ko. tq

  5. opps sorry bro..aku lupa nak masuk link..aku xde blog..flickr je..tgh belajar2 nak tulis ..sambil2 browse blog org nak cari idea..hehehe..aku suka style photoblog ko ni

    btw kilang ni buat gitar brand ape?aku try usha kat headstock die..tapi x jelas

  6. king.arm
    ..ok bro gua dah hook lu punye flickr,..cun u hav great shot bro!
    kilang ni buat OEM kebanyakan famous brand..mcm ESP,Fender, ibanez & pelbagai la..kalau lu nak letak brand nama lu pun bole gak..tapi, kene kuantiti la..

  7. zam boleh email apa2 maklumat ttg ‘pembuat’ gitar kat dlm malaysia. T.k

  8. shah,
    ..mmm..belum dapat dikesan pembuat gitar di Malaysia, ada ke? ..siapa2 yang tahu sila kongsi info disini, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: