cerita soto sapi

img_4244 Berjalan kaki mengelilingi kota Solo memberikan pengalaman yang amat berlainan, disini setiap gerai yang terdapat dikaki lima kota Solo mempunyai cerita yang berbeza. Kami singgah di gerai Soto Sapi milik Mas Sudar (kurang pasti adakah nama sebenar beliau). img_4240 Walaupun sudah terlajak beberapa langkah, kami berpatah balik akibat bau soto yang menyelerakan menusuk hidung. Gerai ini diapit oleh dua gerai yang lain, iaitu gerai menjual air buah dan gerai kuih.
img_4243
Gerai ini menjual kuih Sri Arbi, kuih ini seakan-akan pancakes yang berintikan coklat, kacang dan gula. dan rasanya pula lebih kepada apam balik pasar malam yang ditabur coklat, mmm..sedap sebagai pembuka selera sambil menanti ‘main course’ mee soto.
img_4245
img_4253
Dalam pada itu juga air jus buah yang dipesan sampai ke meja kami. Dengan menggunakan buah-buahan segar, kami dapat merasakan hampir 80% buah yang diblender memenuhi gelas kami. ..best.. kami puas hati selepas 2 hidangan sampai dimeja, walaupun ia hanya gerai ditepi jalan.
img_4254
Memang ‘wong solo’ atau orang Solo, mempunyai sentuhan masakan yang berlainan, membangkitkan selera dan segala rencah yang diadun didalam masakan menepati citarasa. Dalam pada itu, camera juga tidak duduk diam, setiap pergerakan Mas Sudar dan persekitaran gerai dirakam.
img_4250 Kamera merupakan ‘tool’ ajaib, kerana kamera Mas Sudar duduk dan bertegur sapa terhadap kami apabila selesai menjamah hidangan, mula membuka bicara akan tujuan kami ke Solo. Mas Sudar juga berhajat untuk ke Malaysia mencari rezeki, kerana rakannya telah mempelawa Mas Sudar untuk bekerja dikilang perabot di Kuching, Sarawak.
img_4259
Dengan percakapan yang lembut sederhana Mas Sudar mula mengungkit kisah silam yang berlaku ketika zaman gawat 1997 dimana tumbangnya pemerintah agong Bapak Suharto. Akibat dari peristiwa itu, seluruh rakyat Indonesia dilanda gelora kemiskinan yang amat dahsyat. Aku perhatikan mata Mas Sudar mula berkilau kaca..hidungnya kemerahan dan air mata mula menitis menahan sebak mengenang kisah yang tragis yang menimpa hidup dan seluruh keluarganya.
img_4263 Bukan mudah untuk menjadi rakyat Indonesia jika jiwanya tidak kental, tekanan hidup dan kemiskinan yang membelenggu sentiasa menjadi penghalang untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih selesa.
‘Saya hanya menanti 2juta rupiah pak, sebagai bekalan untuk saya ke Malaysia’ begitulah kata-kata Mas Sudar, bagai tidak sabar untuk merantau di negara orang. Dalam hati aku membilang, 2juta rupiah bersamaan RM800 sahaja…mmmm..sebulan gaji officeboy di Kuala Lumpur.
img_4264 ‘Sementara itu inilah pekerjaan saya untuk menyara keluarga’ Mas Sudar menambah kata-kata sambil mengesat air mata yang menitik. Terpikir dibenak ini, pengorbanan yang bakal dilakukan oleh seorang bapa yang terpaksa meninggalkan keluarga tercinta termasuk kanak-kanak comel ini tanpa belai kasih untuk bertahun lamanya diperantauan.img_4249 Mas Sudar dan anak beliau ini adalah sebahagian sahaja rakyat Indonesia yang terpaksa berkorban demi mencari rezeki, manakala berpuluh ribu lagi rakyat Indonesia yang kini mencari rezeki di Malaysia. Meninggalkan dan ditinggalkan bertahun-tahun bukanlah sesuatu perkara yang baru bagi penduduk Solo mahupun rakyat Indonesia.

Sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: