Perusahaan Gamelan

Topik kali ini masih lagi berkisar mengenai Solo, Indonesia. GAMELAN merupakan sejenis alat muzik tradisional warisan budaya yang banyak ditemui di seluruh Nusantara. Gamelan berasal daripada perkataan gamel (Jawa Kuno) yang bermakna bermain, dipukul atau palu untuk menghasilkan bunyi-bunyian.

Jika dilihat, gamelan ini cukup indah dengan lekuk dan tombol yang menarik. Bunyi sahaja boleh melalaikan dan mengkhayalkan. Gamelan banyak dimainkan ketika adat istadat di istana raja, persembahan kuda kepang, barongan dan pelbagai persembahan kebudayaan nusantara lain. Akan tetapi, membuatnya tidak semudah yang disangka dan bukan sebarangan orang boleh membuka ‘kilang’ gamelan ini.
Kami bertemu Bapak Supoyo yang terletak di pekan Sukoharjo, Jawa Timur..20 minit dari bandar Solo, Indonesia. Perusahaan gamelan ini adalah kesinambungan warisan yang diturunkan oleh bapa beliau. Ia adalah perusahaan penduduk kampung, tiada kilang yang besar untuk tatapan, sebaliknya kediaman persendirian dijadikan kilang dan manusia dijadikan mesin ‘pencetak’ gamelan.

Agak mengejutkan selepas menyelak pintu daun dan melangkah masuk dibahagian belakang rumah Bapak Supoyo, api membuak menjulang tinggi dari tanah dan terasa bahang api yang menikam kulit.
Dan kelihatan bebrapa lembaga manusia yang bermandikan peluh sedang memerhatikan kehadiran kami. Ada yang sedang duduk merokok, ada yang yang mengetuk dan ada yang melepas lelah kepenatan.

Jika diperhatikan gambar diatas mereka sedang berseronok bersembang merokok ketawa, akan tetapi rehat ini hanya seketika untuk menarik nafas sebelum melepaskan hayunan sambil menanti besi panas terhidang didepan mata.

Gamelan mempunyai haraki yang tersendiri, yang paling mudah dan murah diperbuat dari Besi, kedudukan kedua adalah Kuningan dan yang paling mahal serta sukar untuk dibuat adalah Perunggu. Dengan kualiti bunyi, alunan dan nada dengung yang berbeza telah mengasingkan kategori gamelan itu sendiri.

Sehari suntuk diperlukan untuk mengetuk dan membentuk satu gong, yang dikerjakan oleh 9 pakar ketuk gamelan disini.


Baru 3 minit ‘menginap’ dibilik api ini..seluruh tubuh sudah mula melengas bahang badan terperap dek baju 2 lapis yang dipakai, hidung bagai disumbat debu, cermin mata dan lens camera mula berhabuk. Mencari ruang untuk menghirup udara segar..fuh! bagaimana dengan ‘mereka’ yang saban hari mengadap bara api..menghayun tukul yang berat..bernafas didalam debu?

Mereka sudah lali merasai bahang bara api didunia, kepakaran dan kehalusan seni dipertahankan demi mencari rezeki yang halal. Tiada mesin yang mampu mengambil-alih tugas mereka kerana gamelan bukan sebarangan alat muzik.
Ada gamelan ‘berisi’ dan gamelan ‘kosong’. Selalunya gamelan ‘berisi’ hanya orang tertentu sahaja boleh memainkannya dan ia tidak boleh dilangkah atau dibuat sambil lewa, cara pembuatannya juga agak sukar dan terpaksa menunggu bulan yang sesuai. Manakala, yang ‘kosong’ tidak cerewet dengan kerenah ‘birokrasi’.

Dengan keadaan bilik api yang kelam dan hanya dihiasi bara api..proses ini tidak tamat disini, masih banyak lagi proses yang perlu disudahkan sebelum ia dapat mengeluarkan bunyi yang gemalai.
Kerja-kerja melorek kerak di’badan’ gamelan mengambil tempat. Disini kepakaran untuk menghaluskan permukaan gamelan perlu dilakukan dengan berhati-hati dan kesenian tangan melorek setiap lapisan kerak mengikut salur-galur urat besi.
Bukan tujuan menyeksa diri, tetapi itulah tradisi..bukan kuantiti yang dicari, tetapi itulah kualiti. Sekali lagi mesin ciptaan manusia tidak digunakan didalam proses melorek gamelan. Hanya ‘mesin’ manusia dan jari-jemari untuk kerja menghalusi seni.
img_4137

Selepas selesai kerja-kerja ‘buruh’ yang keras..kerja-kerja telinga ‘deria bunyi’ pula ‘mengadap’, disinilah penyelarasan bunyi atau ‘tunning‘ terhasil dan kod nada yang betul dicari…manakala irama perlu selari.

Bukan mudah untuk menjadi Bapak Supoyo, yang pasti tiada pengusaha di Malaysia yang sanggup membuka ‘kilang’ gamelan serupa ini apalagi mendapatkan pekerja yang berjiwa halus tetapi keras tubuh anggota.
Alunan kemerduan gamelan bagaikan setimpal dengan apa yang diusahakan, kini gamelan bukan sahaja dimainkan dinegara nusantara, bahkan sudah menjelajah seantero benua. Tempahan datang dari Amerika, Jepun dan negara-negara Eropah telah mengukuhkan perusahaan gamelan dari bandar Raja Kraton ini.

Sekian.

3 Responses to “Perusahaan Gamelan”

  1. nazarudin... Says:

    selama ni tau main je…
    pas tgk photoblog ni, baru la tau betapa susahnya nak buat gamelan ni….
    nice photo n info…
    keep it up…

  2. saya berminat untuk membeli alat-alat muzik gamelan yang syarikat anda keluarkan. sila beri sebarang tindak balas anda terhadap komen saya. terima kasih.

  3. nurul ain – saya sudah email segala keterangan ke email anda. tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: