tanah Jawa Timur, Surakarta

Sampai di tanah Jawa Timur jam 9.45 pagi dan waktu Indonesia lewat 1 jam dari waktu tanahair. Lapangan Terbang Adisumarmo, Surakarta lebih kecil jika dibandingkan dengan Lapangan TUDM Sg.Besi. Dengan hanya memiliki 2 garisan imigrasen dan laluan bagasi yang kecil sudah cukup untuk menyatakan bahawa lapangan terbang ini hanya mampu menerima pesawat domestik sahaja.

Surakarta atau nama terkini Solo, Indonesia merupakan bandar di Raja dimana tempat bersemayamnya Raja Kraton yang terkenal dengan penunggu Ratu Laut Selatan, Nyai Roro Kidul dan puterinya Nyi Blorong.

Perjalanan dari airport Adisumarmo ke pekan Sukoharjo mengambil masa lebih kurang 30minit. Sepanjang perjalanan kelihatan sawah bendang yang menghijau serta rumah penduduk Solo yang kelihatan antik dan unik. Bunyian hon adalah mainan biasa disini setiap minit akan kedengaran hon samada dari van yang kami naiki atau dari pengguna jalan lain.
Becak atau beca, basikal dan motosikal merupakan pengguna jalan yang paling ramai, sekaligus mengakibatkan kenderaan yang lebih besar perlu berhati-hati dan hon amaran menjadi peralatan yang penting disini.
Seperti kembali ke suatu zaman antik, pemandangan dan persekitaran masih lagi kelihatan ‘vargin’ tanpa disentuh oleh arus kemodenan. Ia cukup unik untuk dirakamkan dan terlalu banyak ‘moment’ yang menyentap jiwa seorang photographer.

Solo terkenal dengan masakannya yang sedap, sukar untuk digambarkan sebagai tatapan betapa enaknya masakan Solo. Cukup jika dikatakan bahawa mee segera Solo sahaja boleh terbawa-bawa mimpi. Walaupun gerai-gerai kecil dijalanan dan kereta tolak mampu menyediakan keenakan rasa makanan 5 bintang dan yang paling utama harganya murah.

Bahasa menunjukkan bangsa, disini papan-papan iklan kekadang mengelikan hati, dan juga pertuturan bahasa melayu dan bahasa indonesia mempunyai maksud yang berbeza. Seperti, pusing-pusing, gampang, membutuhkan, budak-budak dan sebagainya perlu digunakan dengan cermat atau kita bakal menyinggung perasaan penduduk disini.
Indonesia masih lagi merasai bahang pilihanraya yang lalu, kelihatan banyak bendera-bendera parti, billboard dan baju penduduk masih terpampang disana-sini, sekaligus mewarnai pekan yang antik ini.
Dibahu-bahu jalan, gerai menjual ‘bensin’ atau petrol. Di Solo, kebanyakannya tidak menggunakan tong gas seperti di Malaysia. Minyak tanah adalah sumber keperluan untuk memasak, lampu dan pelbagai lagi. Kedai ‘tambal’ atau servis menampal tiub tayar motor atau basikal bagaikan cendawan disetiap kilometer.
Inilah bandar syurga bagi pengemar basikal antik atau ‘sepedal korbo’ yang menghiasi jalanraya, dengan harga bermula dari 1juta Rupiah pengemar basikal ini sudah boleh memiliki sepedal yang berusia dari tahun 1932 ..dan ia sentiasa mengoncang jiwa untuk memilikinya.


Terlalu banyak bahan yang ingin dicoretkan di fotoblog ini mengenai Surakarta. Bandar yang tenang dan masih belum dicemari oleh pelancong-pelancong asing. Tiada pengemis kanak-kanak dibandar ini, tiada pencopet dan sentiasa terasa aman dengan layanan yang diberikan oleh penduduk Solo.

Surakarta bukanlah destinasi pelancongan, tetapi ia bakal menyajikan kelainan didalam hidup anda.

Seki

5 Responses to “tanah Jawa Timur, Surakarta”

  1. Pic yg last tu patung ke org betul? Mata dia cam real ler…

  2. Orang betul tu tapi kene sumpah menjadi batu..namanye Nyi Wana Kidul

  3. hahahaha. mengong!

  4. Pak cik , Surakarta/Solo tidak terletak di bahagian timur pulau Jawa, tetapi di Jawa tengah ( central Java ).

  5. Terima kasih diatas pembetulan Anto.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: