Archive for November, 2008

biola canton

Posted in photojournalism with tags on November 24, 2008 by izamree

img_5453 Hari ini jadual kami agak padat, dari satu tempat ke satu tempat..dari satu kilang ke satu kilang..
selepas makan tengahari, destinasi seterusnya adalah kilang biola atau violin yang merupakan khazanah tradisi muzik negara China. Di percayai kewujudan biola dari kawasan Asia Tengah iaitu Mongolia, ia menggunakan ekor kuda sebagai bowed string atau pengesek biola, dan ia masih digunakan sehingga kini.
img_5470
Paling menarik perjalanan menuju kilang biola ini cukup berlainan, kami melalui 3 check-point yang dikawal rapi oleh security dan setiap check-point memerlukan tandatangan kemasukan dan sedikit duit ‘tips’ bagi melepasi kawasan yang menempatkan ‘perkampungan’ biola. Bagai pulang ke zaman dulu kala..segalanya masih kekal terpelihara dan suasana damai persekitaran yang cukup berbeza.
img_5458
img_54721
img_5387 Melangkah masuk ke kilang biola, mata lens begitu ‘lahab’ merakam setiap sudut yang asing dan unik untuk tatapan. Kelihatan biola disetiap ruang dan para pekerja tekun ‘meraut’ peralatan muzik yang dimainkan dengan ‘melekat’ dibawah dagu sambil mengesek talinya.. dengan jari-jemari menekan bunyi.
img_5397
img_5396
Segala pertukangan menggunakan tangan handmade, kesenian membentuk biola melalui hasil kerja yang teliti. Kilang ini mampu mengeluarkan 100 unit biola yang siap didalam tempoh seminggu.
img_5405
img_5401
img_54111
img_5424
Bukan sahaja violin malah violas, cellos, double-bass dan seangkatan dengannya juga dihasilkan dikilang ini sebagai pelengkap sesuatu persembahan konsert orkestra, dimana peralatan muzik ‘mengesek’ ini menjadi pemain utama diatas pentas.
img_5418
img_5431 Kayu jenis maple ini disimpan ditingkat paling atas bangunan 3 tingkat, kayu ini ‘diperam’ selama 2 hingga 3 tahun dan ‘bertapa’ dengan suhu bilik didalam gelap sebelum ia diproses menjadi biola yang sempurna.
img_5464
Di ‘perkampungan biola’ ini, setiap pintu menghasilkan berlainan parts yang mengikut department atau kepakaran masing-masing.

Samada anda berada didalam atau diluar kilang, anda umpama berada disebuah muzium lukisan dan sesekali ketukan kayu memecah keheningan.
img_5454
img_5452
img_5447 Dari sekeping papan maple ia dilaret kemas, dicantum dan dibentuk menjadi biola yang berpinggang ramping.
img_5444
img_5413 Biola atau violin mula menular ke seluruh pelusuk dunia dan telah berabad lamanya.
Tanah Melayu juga tidak terlepas menjadi tempat ‘persinggahan’ biola, sehinggakan lagu-lagu joget dan keroncong tidak lengkap jika tanpa gesekan biola yang syahdu.

Sekian.

kilang gitar

Posted in photojournalism with tags on November 18, 2008 by izamree

img_5097 Jarak perjalanan menuju ke Baiyun District dari Kota Guangzhou mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Pagi disuluh mentari yang cerah tetapi suhu yang dingin 15 darjah celsius memberikan suasana yang nyaman sepanjang perjalanan. Bermula dengan kilang gitar letrik, sebuah kilang gitar yang lengkap..dari sekeping kayu diproses sehingga menjadi alat musik yang berkualiti dan berjenama.
img_5204
img_5113Proses membuat gitar dilakukan oleh para pekerja yang telah disektorkan mengikut kepakaran masing-masing. Kebanyakkan kayu diimport dari luar negara, seperti mahogany, basswood, maple, swamp ash dan pelbagai jenis kayu mengikut jenama yang bakal dilabel keatas sesebuah gitar.img_5126
img_5098Badan gitar umpama gadis berpinggang ramping dan untuk membuat peralatan muzik yang sexy ini, perlu diambil kira dari segi jenis kayu, rupa bentuk, konfigurasi leher, bridge dan pickups. Setiap gitar perlu memiliki kepala tuning atau headstock yang boleh diulas dan diselaras.
img_5132
img_5145
Kilang gitar ini mampu menghasilkan 100 unit gitar letrik dalam sehari. Ia bergantung terhadap permintaan semasa dan kesukaran spesifikasi yang dipesan.
img_5186 Bukan sahaja badan gitar yang dilahirkan disini, malah amplifier dan speaker juga dihasilkan dikilang ini. Kesungguhan para pekerja menyiapkan tugasan yang diberi cukup mengkagumkan. Dan kebanyakan proses pembuatan gitar dilakukan secara handmade.img_5143 Kebolehan mereka bukan sahaja proses pembikinan malah lebih kepada menjaga kualiti akibat dari pesanan jenama-jenama terkemuka yang mungkin digunakan oleh ahli-ahli muzik terkenal. Sebelum ia sampai ke tangan celebriti, setiap gitar akan diuji kemampuan ‘bunyi letrik’ yang bakal mengegar pentas-pentas konsert.

Kita beralih pula ke kilang gitar acoustic atau gitar kapok. Disini proses pembikinan hampir sama tetapi berlainan bangsa, ia kategori klasik yang mempunyai badan yang berlubang tidak seperti si gitar letrik.
img_5224
img_52511
img_5266 img_5258Terlalu unik menjadi sebuah kilang gitar..pelbagai bentuk, jenama, size dan kaler mewarnai disetiap inchi kilang. Lens kamera meliar mencari subjek yang bakal disumbat ke memory card.
img_5283
Jika dilihat kilang gitar ini ia sekaligus mengambarkan betapa manusia memerlukan hiburan dan secara khususnya gitar dimainkan oleh berjuta manusia dimuka bumi ini. Keistimewaan gitar mengeluarkan bunyi getaran string boleh memukau pendengaran.

Sekian

Canton

Posted in photojournalism on November 17, 2008 by izamree

img_5644 Atau Guangzhou, China telah wujud ketika di zaman Dinasti Han pada abad 111 sebelum masihi, kepadatan penduduk seramai 12.8juta manusia yang mendiami bandar ‘kilang dunia’ ini. Perjalanan kali ini menyurusi lorong, jalan, pekan, kilang dan kota metropolis Guangzhou yang menyimpan khazanah bangsa canton yang unik.
img_5640 Merupakan bandar ke-3 terbesar dan terpenting di China dari segi ekonomi dan menjadi pembekal segala jenis barangan untuk pasaran dunia…‘Made In China’ adalah trademark yang paling berkuasa di muka bumi ketika ini. img_50712 Warga tua merupakan peringkat usia yang mendominasi penduduk Canton, manakala setiap pasangan hanya dibenarkan memiliki seorang anak sahaja, jika tidak pandai merancang keluarga..denda 50 ribu Reminbi akan dikenakan bagi anak ke-2. Terlalu ramai ‘anak manja atau anak raja’ di negara ini dimasa mendatang, akibat menjadi anak tunggal seumur hidup.img_5069
img_5377 Kota ini masih kelihatan antik dan pelbagai ragam manusia dapat dirakamkan, cuma perlu lebih berhati-hati kerana kota ini bukanlah ‘tourist friendly’, akibat ‘mazhab’ komunis yang masih menebal dan masih ‘terlindung’ dari dunia luar. img_5477
Angin kering yang bertiup sepui-sepui bahasa mula menikam kulit dengan suhu jatuh ke 18 darjah celsius menandakan musim luruh kini menjelma, nov-dec adalah waktu yang paling ideal untuk berada di kota Guangzhou dengan persekitaran yang bersih dan tenang.
img_5492
img_5524img_55401

img_5561
Dalam menyusuri kota yang padat dengan aksi manusia yang dramatik, kamera tersasar ke arah lelaki tua yang sedang mengasah gunting dengan ‘cara lama’, beliau begitu tekun mengasah sebilah gunting dari pelanggan salun rambut berhampiran.

Wajahnya seperti seorang professor yang sedang membuat ujikaji dimakmal, sekaligus menarik minat aku untuk merakam aksi yang jarang kelihatan dimana-mana tempat..‘rare subject’.
img_5565 Dengan menggunakan basikal tua sebagai ‘batu asah’, dan henjutan kaki mengguling ‘mesin batu’..lelaki tua ini masih mampu menerima bilahan gunting atau pisau bagi menajamkan mata pencariannya.
img_55621 img_5566..akan tetapi ketenangan lelaki tua ini tidak mengambarkan dirinya yang sebenar.. inilah gambar terakhir yang sempat dirakamkan sebelum dimaki dan dihambat dengan sebilah gunting sambil meminta kembali gambar yang dirakamkan dengan mulut menghamburkan perkataan-perkataan cina yang sepatah haram tidak diketahui, tetapi maksudnya boleh difahami…secara tidak langsung aku menjadi perhatian sekeliling..

‘aahhh..aku bersedia dengan langkah seribu daripada menyerahkan ‘kesuma jiwa’ ini kepada ‘lelaki tua kepala batu asah’.. tidak sesekali! ..fuh! aku bernasib baik kali ini…dia berundur selepas 5 tapak mengertak..’

img_5501
img_5497
img_5517
..apapun sesebuah kota yang membangun pasti akan diterjah oleh kemajuan kota oleh penduduknya. Kota Canton ini juga tidak boleh lari dari peredaran budaya moden yang mula menyelusup masuk secara perlahan-lahan dan disulam oleh budaya lama yang masih kekal sebagai identiti sesebuah kota.
img_5559 Larangan terhadap motosikal di kota ini memberi kesan yang begitu positif dari segi kebersihan udara dan lalulintas tanpa ‘mat rempit’ dicelah-celah kenderaan. Kota ini amat besar untuk disusuri dengan berjalan kaki sahaja, banyak kawasan yang penting tidak sempat diteroka.
img_5622
..apapun, kunjungan ke Kota Canton tidak akan lengkap jika tidak menyusuri ‘Pearl River’. Lampu malam yang melimpah menerangi tebing-tebing di sungai mutiara ini bagaikan pesta setiap malam, bot-bot berlampu, bangunan pencakar ber’tv’, cahaya papan iklan berkelipan dan seperti biasa..manusia bagaikan ada dimana-mana disetiap ruang Kota Canton ini.

Sekian.

cerita soto sapi

Posted in photojournalism with tags on November 8, 2008 by izamree

img_4244 Berjalan kaki mengelilingi kota Solo memberikan pengalaman yang amat berlainan, disini setiap gerai yang terdapat dikaki lima kota Solo mempunyai cerita yang berbeza. Kami singgah di gerai Soto Sapi milik Mas Sudar (kurang pasti adakah nama sebenar beliau). img_4240 Walaupun sudah terlajak beberapa langkah, kami berpatah balik akibat bau soto yang menyelerakan menusuk hidung. Gerai ini diapit oleh dua gerai yang lain, iaitu gerai menjual air buah dan gerai kuih.
img_4243
Gerai ini menjual kuih Sri Arbi, kuih ini seakan-akan pancakes yang berintikan coklat, kacang dan gula. dan rasanya pula lebih kepada apam balik pasar malam yang ditabur coklat, mmm..sedap sebagai pembuka selera sambil menanti ‘main course’ mee soto.
img_4245
img_4253
Dalam pada itu juga air jus buah yang dipesan sampai ke meja kami. Dengan menggunakan buah-buahan segar, kami dapat merasakan hampir 80% buah yang diblender memenuhi gelas kami. ..best.. kami puas hati selepas 2 hidangan sampai dimeja, walaupun ia hanya gerai ditepi jalan.
img_4254
Memang ‘wong solo’ atau orang Solo, mempunyai sentuhan masakan yang berlainan, membangkitkan selera dan segala rencah yang diadun didalam masakan menepati citarasa. Dalam pada itu, camera juga tidak duduk diam, setiap pergerakan Mas Sudar dan persekitaran gerai dirakam.
img_4250 Kamera merupakan ‘tool’ ajaib, kerana kamera Mas Sudar duduk dan bertegur sapa terhadap kami apabila selesai menjamah hidangan, mula membuka bicara akan tujuan kami ke Solo. Mas Sudar juga berhajat untuk ke Malaysia mencari rezeki, kerana rakannya telah mempelawa Mas Sudar untuk bekerja dikilang perabot di Kuching, Sarawak.
img_4259
Dengan percakapan yang lembut sederhana Mas Sudar mula mengungkit kisah silam yang berlaku ketika zaman gawat 1997 dimana tumbangnya pemerintah agong Bapak Suharto. Akibat dari peristiwa itu, seluruh rakyat Indonesia dilanda gelora kemiskinan yang amat dahsyat. Aku perhatikan mata Mas Sudar mula berkilau kaca..hidungnya kemerahan dan air mata mula menitis menahan sebak mengenang kisah yang tragis yang menimpa hidup dan seluruh keluarganya.
img_4263 Bukan mudah untuk menjadi rakyat Indonesia jika jiwanya tidak kental, tekanan hidup dan kemiskinan yang membelenggu sentiasa menjadi penghalang untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih selesa.
‘Saya hanya menanti 2juta rupiah pak, sebagai bekalan untuk saya ke Malaysia’ begitulah kata-kata Mas Sudar, bagai tidak sabar untuk merantau di negara orang. Dalam hati aku membilang, 2juta rupiah bersamaan RM800 sahaja…mmmm..sebulan gaji officeboy di Kuala Lumpur.
img_4264 ‘Sementara itu inilah pekerjaan saya untuk menyara keluarga’ Mas Sudar menambah kata-kata sambil mengesat air mata yang menitik. Terpikir dibenak ini, pengorbanan yang bakal dilakukan oleh seorang bapa yang terpaksa meninggalkan keluarga tercinta termasuk kanak-kanak comel ini tanpa belai kasih untuk bertahun lamanya diperantauan.img_4249 Mas Sudar dan anak beliau ini adalah sebahagian sahaja rakyat Indonesia yang terpaksa berkorban demi mencari rezeki, manakala berpuluh ribu lagi rakyat Indonesia yang kini mencari rezeki di Malaysia. Meninggalkan dan ditinggalkan bertahun-tahun bukanlah sesuatu perkara yang baru bagi penduduk Solo mahupun rakyat Indonesia.

Sekian

Perusahaan Gamelan

Posted in photojournalism with tags on November 4, 2008 by izamree

Topik kali ini masih lagi berkisar mengenai Solo, Indonesia. GAMELAN merupakan sejenis alat muzik tradisional warisan budaya yang banyak ditemui di seluruh Nusantara. Gamelan berasal daripada perkataan gamel (Jawa Kuno) yang bermakna bermain, dipukul atau palu untuk menghasilkan bunyi-bunyian.

Jika dilihat, gamelan ini cukup indah dengan lekuk dan tombol yang menarik. Bunyi sahaja boleh melalaikan dan mengkhayalkan. Gamelan banyak dimainkan ketika adat istadat di istana raja, persembahan kuda kepang, barongan dan pelbagai persembahan kebudayaan nusantara lain. Akan tetapi, membuatnya tidak semudah yang disangka dan bukan sebarangan orang boleh membuka ‘kilang’ gamelan ini.
Kami bertemu Bapak Supoyo yang terletak di pekan Sukoharjo, Jawa Timur..20 minit dari bandar Solo, Indonesia. Perusahaan gamelan ini adalah kesinambungan warisan yang diturunkan oleh bapa beliau. Ia adalah perusahaan penduduk kampung, tiada kilang yang besar untuk tatapan, sebaliknya kediaman persendirian dijadikan kilang dan manusia dijadikan mesin ‘pencetak’ gamelan.

Agak mengejutkan selepas menyelak pintu daun dan melangkah masuk dibahagian belakang rumah Bapak Supoyo, api membuak menjulang tinggi dari tanah dan terasa bahang api yang menikam kulit.
Dan kelihatan bebrapa lembaga manusia yang bermandikan peluh sedang memerhatikan kehadiran kami. Ada yang sedang duduk merokok, ada yang yang mengetuk dan ada yang melepas lelah kepenatan.

Jika diperhatikan gambar diatas mereka sedang berseronok bersembang merokok ketawa, akan tetapi rehat ini hanya seketika untuk menarik nafas sebelum melepaskan hayunan sambil menanti besi panas terhidang didepan mata.

Gamelan mempunyai haraki yang tersendiri, yang paling mudah dan murah diperbuat dari Besi, kedudukan kedua adalah Kuningan dan yang paling mahal serta sukar untuk dibuat adalah Perunggu. Dengan kualiti bunyi, alunan dan nada dengung yang berbeza telah mengasingkan kategori gamelan itu sendiri.

Sehari suntuk diperlukan untuk mengetuk dan membentuk satu gong, yang dikerjakan oleh 9 pakar ketuk gamelan disini.


Baru 3 minit ‘menginap’ dibilik api ini..seluruh tubuh sudah mula melengas bahang badan terperap dek baju 2 lapis yang dipakai, hidung bagai disumbat debu, cermin mata dan lens camera mula berhabuk. Mencari ruang untuk menghirup udara segar..fuh! bagaimana dengan ‘mereka’ yang saban hari mengadap bara api..menghayun tukul yang berat..bernafas didalam debu?

Mereka sudah lali merasai bahang bara api didunia, kepakaran dan kehalusan seni dipertahankan demi mencari rezeki yang halal. Tiada mesin yang mampu mengambil-alih tugas mereka kerana gamelan bukan sebarangan alat muzik.
Ada gamelan ‘berisi’ dan gamelan ‘kosong’. Selalunya gamelan ‘berisi’ hanya orang tertentu sahaja boleh memainkannya dan ia tidak boleh dilangkah atau dibuat sambil lewa, cara pembuatannya juga agak sukar dan terpaksa menunggu bulan yang sesuai. Manakala, yang ‘kosong’ tidak cerewet dengan kerenah ‘birokrasi’.

Dengan keadaan bilik api yang kelam dan hanya dihiasi bara api..proses ini tidak tamat disini, masih banyak lagi proses yang perlu disudahkan sebelum ia dapat mengeluarkan bunyi yang gemalai.
Kerja-kerja melorek kerak di’badan’ gamelan mengambil tempat. Disini kepakaran untuk menghaluskan permukaan gamelan perlu dilakukan dengan berhati-hati dan kesenian tangan melorek setiap lapisan kerak mengikut salur-galur urat besi.
Bukan tujuan menyeksa diri, tetapi itulah tradisi..bukan kuantiti yang dicari, tetapi itulah kualiti. Sekali lagi mesin ciptaan manusia tidak digunakan didalam proses melorek gamelan. Hanya ‘mesin’ manusia dan jari-jemari untuk kerja menghalusi seni.
img_4137

Selepas selesai kerja-kerja ‘buruh’ yang keras..kerja-kerja telinga ‘deria bunyi’ pula ‘mengadap’, disinilah penyelarasan bunyi atau ‘tunning‘ terhasil dan kod nada yang betul dicari…manakala irama perlu selari.

Bukan mudah untuk menjadi Bapak Supoyo, yang pasti tiada pengusaha di Malaysia yang sanggup membuka ‘kilang’ gamelan serupa ini apalagi mendapatkan pekerja yang berjiwa halus tetapi keras tubuh anggota.
Alunan kemerduan gamelan bagaikan setimpal dengan apa yang diusahakan, kini gamelan bukan sahaja dimainkan dinegara nusantara, bahkan sudah menjelajah seantero benua. Tempahan datang dari Amerika, Jepun dan negara-negara Eropah telah mengukuhkan perusahaan gamelan dari bandar Raja Kraton ini.

Sekian.

tanah Jawa Timur, Surakarta

Posted in photojournalism with tags on November 2, 2008 by izamree

Sampai di tanah Jawa Timur jam 9.45 pagi dan waktu Indonesia lewat 1 jam dari waktu tanahair. Lapangan Terbang Adisumarmo, Surakarta lebih kecil jika dibandingkan dengan Lapangan TUDM Sg.Besi. Dengan hanya memiliki 2 garisan imigrasen dan laluan bagasi yang kecil sudah cukup untuk menyatakan bahawa lapangan terbang ini hanya mampu menerima pesawat domestik sahaja.

Surakarta atau nama terkini Solo, Indonesia merupakan bandar di Raja dimana tempat bersemayamnya Raja Kraton yang terkenal dengan penunggu Ratu Laut Selatan, Nyai Roro Kidul dan puterinya Nyi Blorong.

Perjalanan dari airport Adisumarmo ke pekan Sukoharjo mengambil masa lebih kurang 30minit. Sepanjang perjalanan kelihatan sawah bendang yang menghijau serta rumah penduduk Solo yang kelihatan antik dan unik. Bunyian hon adalah mainan biasa disini setiap minit akan kedengaran hon samada dari van yang kami naiki atau dari pengguna jalan lain.
Becak atau beca, basikal dan motosikal merupakan pengguna jalan yang paling ramai, sekaligus mengakibatkan kenderaan yang lebih besar perlu berhati-hati dan hon amaran menjadi peralatan yang penting disini.
Seperti kembali ke suatu zaman antik, pemandangan dan persekitaran masih lagi kelihatan ‘vargin’ tanpa disentuh oleh arus kemodenan. Ia cukup unik untuk dirakamkan dan terlalu banyak ‘moment’ yang menyentap jiwa seorang photographer.

Solo terkenal dengan masakannya yang sedap, sukar untuk digambarkan sebagai tatapan betapa enaknya masakan Solo. Cukup jika dikatakan bahawa mee segera Solo sahaja boleh terbawa-bawa mimpi. Walaupun gerai-gerai kecil dijalanan dan kereta tolak mampu menyediakan keenakan rasa makanan 5 bintang dan yang paling utama harganya murah.

Bahasa menunjukkan bangsa, disini papan-papan iklan kekadang mengelikan hati, dan juga pertuturan bahasa melayu dan bahasa indonesia mempunyai maksud yang berbeza. Seperti, pusing-pusing, gampang, membutuhkan, budak-budak dan sebagainya perlu digunakan dengan cermat atau kita bakal menyinggung perasaan penduduk disini.
Indonesia masih lagi merasai bahang pilihanraya yang lalu, kelihatan banyak bendera-bendera parti, billboard dan baju penduduk masih terpampang disana-sini, sekaligus mewarnai pekan yang antik ini.
Dibahu-bahu jalan, gerai menjual ‘bensin’ atau petrol. Di Solo, kebanyakannya tidak menggunakan tong gas seperti di Malaysia. Minyak tanah adalah sumber keperluan untuk memasak, lampu dan pelbagai lagi. Kedai ‘tambal’ atau servis menampal tiub tayar motor atau basikal bagaikan cendawan disetiap kilometer.
Inilah bandar syurga bagi pengemar basikal antik atau ‘sepedal korbo’ yang menghiasi jalanraya, dengan harga bermula dari 1juta Rupiah pengemar basikal ini sudah boleh memiliki sepedal yang berusia dari tahun 1932 ..dan ia sentiasa mengoncang jiwa untuk memilikinya.


Terlalu banyak bahan yang ingin dicoretkan di fotoblog ini mengenai Surakarta. Bandar yang tenang dan masih belum dicemari oleh pelancong-pelancong asing. Tiada pengemis kanak-kanak dibandar ini, tiada pencopet dan sentiasa terasa aman dengan layanan yang diberikan oleh penduduk Solo.

Surakarta bukanlah destinasi pelancongan, tetapi ia bakal menyajikan kelainan didalam hidup anda.

Seki