penemuan tembok portugis

Dalam perjalanan menuju Kota A Famosa di Melaka, kami terserempak dengan kawasan tertutup ditepi jalan berhadapan dengan Kincir Air Kesultanan Melaka. Selepas menjenguk ke kawasan larangan itu didapati beberapa pekerja sedang mengali lubang yang agak besar. Pada mulanya, sangkaan kami kerja-kerja mengorek lubang telco yang biasa kita lihat dibandar-bandar. Akan tetapi, kami dapati ia merupakan kerja-kerja mengorek peninggalan sejarah tembok Portugis/Belanda. Apalagi, kami meredah masuk tapak larangan itu dengan memulakan perbualan dengan kakitangan arkeologi yang sedang sibuk menggali lubang penemuan itu.


Menurut kakitangan arkeologi ini, tembok batu laterit sepanjang sembilan meter dengan kedalaman 2.28 meter didedahkan, namun ketebalan sebenar tembok belum dapat dipastikan kerana kerja eskavasi secara berhati-hati masih diteruskan bagi mengelakkan tembok itu rosak. .Kemungkinan besar penjuru yang ditemui adalah bastion kedua yang dinamakan Bastion Middelsburgh, iaitu bastion yang mengawasi laluan Sungai Melaka sejak zaman Portugis pada abad ke-16. Dikenal pasti pihak Belanda juga telah membina tembok pada tapak yang sama apabila didapati perbezaan pada batu-batuan yang digunakan.


Tambah beliau, terdapat juga penemuan rangka-rangka manusia ketika kerja-kerja mengali dijalankan dan dikenal pasti adalah rangka manusia ketika penjajahan Portugis dan Belanda. Perzim bersama Jabatan Muzium Malaysia dan Jabatan Warisan Negara (JWN) memulakan kerja eskavasi pada 26 November 2006 dengan JWN bertanggungjawab menyelia keseluruhan kerja dan merekodkan semua pelaksanaan kerja serta penemuan setiap hari.


Peranan bastion berkenaan adalah bagi mengawal laluan keluar masuk ke pelabuhan Sungai Melaka pada zaman berkenaan yang berada dekat kawasan menara jam sekarang.Ia juga antara kota Eropah yang tertua dari India ke Asia Timur dan antara kawasan yang masih boleh dilihat bukti kota kerana bahagian lain telah berada di bawah projek pembangunan lain. Kawasan sama juga adalah pelabuhan tua paling sibuk yang semua aktiviti punggah memunggah barang dagangan dilakukan.

Barang diingat kejatuhan Melaka berpunca dari ‘orang dalam’ juga, terutama pembesar-pembesar Kesultanan Melayu Melaka ketika itu..maka, jadikanlah ia sebagai pengajaran supaya jangan nanti Malaysia juga ranap dengan ‘pembesar-pembesar’ terkini.

Sekian.

2 Responses to “penemuan tembok portugis”

  1. Shaqina Asiqin Razak Says:

    salam..saya shaqina.saya sedang membuat research tentang 1 malaysia.bolehkah saya mendapat maklumat @ info tentang perkampungan ini???boleh saya dapatkan no telefon penduduk @ ketua kampung ini yang pihak anda kenal..ni my email shaqinaasiqin@yahoo.com…sila tingalkan no mesej anda pada email saya.

  2. Info menarik…tengah cari nama kesan tembok portugis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: