bengkel mantin

Petang ni kawan sekerja mengajak aku pergi ke bengkel kereta didaerah Mantin, Negeri Sembilan untuk mengambil kereta beliau yang tersadai disana..kerana belting problem. Sesampai dibengkel tersebut, aku perhatikan kesemua para pekerja mekanik bengkel tu adalah pemuda india. Jarang kita lihat pemuda india bekerja dibengkel kereta, selalunya bengkel kereta dimonopoli pekerja cina. Bukan sahaja pekerja, bahkan boss bengkel pun orang india. Apalagi..aku capai kamera terus shoot angle-angle yang boleh disumbatkan dalam foto blog ni.



Bengkel ini menerima pelbagai kenderaan..samada lori, bas, kereta dan traktor boleh diperbaiki. Dengan kapasiti pekerja mekanik seramai 6 orang, bengkel ini tidak menghadapi masalah menyiapkan sebuah kereta Waja yang setakat mengalami kerosakan belting kerana sebesar lori dan bas pun tersadai disini.


Jari ini tidak berhenti menekan butang shutter.Pekerja bengkel memerhati gerak-geri aku yang rakus merakam moment dengan spontan. Mereka juga memasang aksi-aksi dan adegan lakonan sibuk bekerja ketika kamera menghampiri mereka. Keadaan sekeliling yang agak gelap dengan bengkel yang penuh dengan minyak serta objek utama yang agak gelap menyukarkan bacaan metering. Dengan pantas flash disodok bagi mendapatkan cahaya yang sesuai dengan keadaan bengkel sedemikian.

Kecekapan mekanik dibengkel ini boleh dikatakan berada pada tahap yang memuaskan, cuma keadaan tool & equipment yang agak berselerak menyebabkan mereka mencari dan meraba peralatan hampir kepelusuk tempat apabila ingin digunakan.

Pada keseluruhannya, bengkel kayu ini boleh diharap dengan servis yang cekap dan harga yang berpatutan.


Terima kasih kepada Encik Vellu tuan punya kedai dan RSV Auto Services yang memberikan keizinan merakamkan gambar sebuah bengkel kayu yang lengkap di daerah Mantin, Negeri Sembilan. Jika kereta anda tersadai dikawasan ini Vellu dan pekerjanya sedia membaikinya.

# Gear: Canon 450D, Speedlight Flash, 1/40, F5, ISO100
Edit Lightroom Sepia preset & CS3
Sekian.

Leave a comment