nelayan bagan lalang

Cuaca agak berjerebu disekitar Bagan Lalang, panas terik dan bahang menyelubungi persekitaran jeti nelayan. Kelihatan 2 nelayan sedang berehat dan asyik memerhatikan bot serta pukat yang tersidai.
Pakcik Aziz sudah 12 tahun menghambakan diri sebagai nelayan di Bagan Lalang, walaupun beliau berasal dari Pandan Indah, dan pernah bekerja sebagai kontraktor akan tetapi jiwanya lebih kepada laut. Hidup didaratan tidak sesempurna di laut, katanya sambil mengukir senyum.
Bagan Lalang Disekitar jeti nelayan terdapat beberapa rakan Pakcik Aziz yang juga sibuk dengan aktiviti harian masing-masing. Mengendali peralatan memukat dan selengara bot-bot menjadi rutin yang wajib dilaksanakan oleh nelayan.

Kehidupan nelayan untuk mencari sesuap nasi penuh dengan kesabaran dan hati yang cekal bagi mengharungi hidup yang semakin mencabar dizaman ini. Setiap langkah perlu didayungi walaupun dibadai ombak ganas.
Boat Bagan
Kami bernasib baik kerana Pakcik Aziz mempelawa kami menaiki bot beliau untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti nelayan di Bagan Lalang ini.

Nelayan Bagan

Kata Pakcik Aziz, sekarang ikan semakin kurang dikawasan Bagan Lalang oleh kerana pembangunan sekitar dan penambakan laut yang rakus. Kelihatan juga projek Gold Coast yang sedang dibangunkan ditepi pantai Bagan Lalang dan beberapa projek yang bakal menyusul.

Ukiran senyuman tetap diberikan oleh nelayan-nelayan ini walaupun dibawah panas terik, kami bertuah kerana kerjasama mereka berikan ketika gambar mereka dirakamkan. Dan Pakcik Aziz adalah orang yang bertanggung-jawab memanggil dan memaksa mereka memberikan post yang istimewa untuk hidangan kamera kami.
senyum nelayan

nasib nelayan
Nelayan ini dikenali sebagai Wak, sejam yang lalu beliau telah melepaskan pukatnya yang sepanjang 200 meter. Pakcik Aziz berkata ini adalah gambaran yang terbaik untuk kami kerana Wak bakal menarik pukatnya.

Wajah puas kelihatan terukir diraut wajah Wak, seawal 50 meter beliau menarik pukatnya..rezekinya agak lumayan. Laungan dan sindiran dari Pakcik Aziz sedikit sebanyak memberikan semangat yang agak berlainan pada hari ini.

Disangka hujan sampai ke petang..selepas 50 meter itu berakhir tiada lagi kelihatan si ikan tersangkut dipukat beliau, wajah ceria berubah sugul manakala mulut mula berkumat kamit membebel sesuatu.

capai bendera rezeki

Begitulah nasib nelayan yang berharapkan tuah pada mata pukat setiap hari. Inilah mata pencarian yang bakal menyajikan rezeki kepada beliau dan keluarga yang menanti dirumah. Bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha selagi tulang empat kerat terdaya.

hidup nelayan Bagan Lalang

Wajah nelayan Bagan Lalang
ane nelayan bagan

pakcik bagan

pakcik aziz
Pakcik Aziz juga mengendalikan perkhidmatan bot memancing dan memukat. Beliau boleh dihubungi melalui talian 013-6093938 untuk rundingan harga dan package yang ditawarkan.

Sekian untuk Nelayan Bagan Lalang

Aksi penulis ketika merakamkan Nelayan Bagan Lalang.

This photo courtesy by Saifulnazim

5 Responses to “nelayan bagan lalang”

  1. menarik sungguh dokumentari pasal nelayan bro ..gua baca syahdu betul siot

  2. ..lebih syahdu kalu dengor dari mulut nelayan tu bro..susahnyer cari makan bro..

  3. nazarudin... Says:

    love ur photo n ur blog…..
    nice n interesting….
    keep up ur work…

  4. ..keep visit this blog..thanx nazarudin!

  5. INFO Terkini: ..Pakcik Aziz telah diambil untuk kempen TV1 oleh Jabatan Alam Sekitar. Saksikan iklan JAS di TV1.. mengenai kehidupan nelayan yang memaparkan kempen kebersihan laut dan sungai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: