Archive for September, 2008

bengkel mantin

Posted in photojournalism with tags on September 25, 2008 by izamree

Petang ni kawan sekerja mengajak aku pergi ke bengkel kereta didaerah Mantin, Negeri Sembilan untuk mengambil kereta beliau yang tersadai disana..kerana belting problem. Sesampai dibengkel tersebut, aku perhatikan kesemua para pekerja mekanik bengkel tu adalah pemuda india. Jarang kita lihat pemuda india bekerja dibengkel kereta, selalunya bengkel kereta dimonopoli pekerja cina. Bukan sahaja pekerja, bahkan boss bengkel pun orang india. Apalagi..aku capai kamera terus shoot angle-angle yang boleh disumbatkan dalam foto blog ni.



Bengkel ini menerima pelbagai kenderaan..samada lori, bas, kereta dan traktor boleh diperbaiki. Dengan kapasiti pekerja mekanik seramai 6 orang, bengkel ini tidak menghadapi masalah menyiapkan sebuah kereta Waja yang setakat mengalami kerosakan belting kerana sebesar lori dan bas pun tersadai disini.


Jari ini tidak berhenti menekan butang shutter.Pekerja bengkel memerhati gerak-geri aku yang rakus merakam moment dengan spontan. Mereka juga memasang aksi-aksi dan adegan lakonan sibuk bekerja ketika kamera menghampiri mereka. Keadaan sekeliling yang agak gelap dengan bengkel yang penuh dengan minyak serta objek utama yang agak gelap menyukarkan bacaan metering. Dengan pantas flash disodok bagi mendapatkan cahaya yang sesuai dengan keadaan bengkel sedemikian.

Kecekapan mekanik dibengkel ini boleh dikatakan berada pada tahap yang memuaskan, cuma keadaan tool & equipment yang agak berselerak menyebabkan mereka mencari dan meraba peralatan hampir kepelusuk tempat apabila ingin digunakan.

Pada keseluruhannya, bengkel kayu ini boleh diharap dengan servis yang cekap dan harga yang berpatutan.


Terima kasih kepada Encik Vellu tuan punya kedai dan RSV Auto Services yang memberikan keizinan merakamkan gambar sebuah bengkel kayu yang lengkap di daerah Mantin, Negeri Sembilan. Jika kereta anda tersadai dikawasan ini Vellu dan pekerjanya sedia membaikinya.

# Gear: Canon 450D, Speedlight Flash, 1/40, F5, ISO100
Edit Lightroom Sepia preset & CS3
Sekian.

Advertisements

nelayan bagan lalang

Posted in photojournalism with tags on September 23, 2008 by izamree

Cuaca agak berjerebu disekitar Bagan Lalang, panas terik dan bahang menyelubungi persekitaran jeti nelayan. Kelihatan 2 nelayan sedang berehat dan asyik memerhatikan bot serta pukat yang tersidai.
Pakcik Aziz sudah 12 tahun menghambakan diri sebagai nelayan di Bagan Lalang, walaupun beliau berasal dari Pandan Indah, dan pernah bekerja sebagai kontraktor akan tetapi jiwanya lebih kepada laut. Hidup didaratan tidak sesempurna di laut, katanya sambil mengukir senyum.
Bagan Lalang Disekitar jeti nelayan terdapat beberapa rakan Pakcik Aziz yang juga sibuk dengan aktiviti harian masing-masing. Mengendali peralatan memukat dan selengara bot-bot menjadi rutin yang wajib dilaksanakan oleh nelayan.

Kehidupan nelayan untuk mencari sesuap nasi penuh dengan kesabaran dan hati yang cekal bagi mengharungi hidup yang semakin mencabar dizaman ini. Setiap langkah perlu didayungi walaupun dibadai ombak ganas.
Boat Bagan
Kami bernasib baik kerana Pakcik Aziz mempelawa kami menaiki bot beliau untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti nelayan di Bagan Lalang ini.

Nelayan Bagan

Kata Pakcik Aziz, sekarang ikan semakin kurang dikawasan Bagan Lalang oleh kerana pembangunan sekitar dan penambakan laut yang rakus. Kelihatan juga projek Gold Coast yang sedang dibangunkan ditepi pantai Bagan Lalang dan beberapa projek yang bakal menyusul.

Ukiran senyuman tetap diberikan oleh nelayan-nelayan ini walaupun dibawah panas terik, kami bertuah kerana kerjasama mereka berikan ketika gambar mereka dirakamkan. Dan Pakcik Aziz adalah orang yang bertanggung-jawab memanggil dan memaksa mereka memberikan post yang istimewa untuk hidangan kamera kami.
senyum nelayan

nasib nelayan
Nelayan ini dikenali sebagai Wak, sejam yang lalu beliau telah melepaskan pukatnya yang sepanjang 200 meter. Pakcik Aziz berkata ini adalah gambaran yang terbaik untuk kami kerana Wak bakal menarik pukatnya.

Wajah puas kelihatan terukir diraut wajah Wak, seawal 50 meter beliau menarik pukatnya..rezekinya agak lumayan. Laungan dan sindiran dari Pakcik Aziz sedikit sebanyak memberikan semangat yang agak berlainan pada hari ini.

Disangka hujan sampai ke petang..selepas 50 meter itu berakhir tiada lagi kelihatan si ikan tersangkut dipukat beliau, wajah ceria berubah sugul manakala mulut mula berkumat kamit membebel sesuatu.

capai bendera rezeki

Begitulah nasib nelayan yang berharapkan tuah pada mata pukat setiap hari. Inilah mata pencarian yang bakal menyajikan rezeki kepada beliau dan keluarga yang menanti dirumah. Bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha selagi tulang empat kerat terdaya.

hidup nelayan Bagan Lalang

Wajah nelayan Bagan Lalang
ane nelayan bagan

pakcik bagan

pakcik aziz
Pakcik Aziz juga mengendalikan perkhidmatan bot memancing dan memukat. Beliau boleh dihubungi melalui talian 013-6093938 untuk rundingan harga dan package yang ditawarkan.

Sekian untuk Nelayan Bagan Lalang

Aksi penulis ketika merakamkan Nelayan Bagan Lalang.

This photo courtesy by Saifulnazim

cari makan

Posted in photojournalism on September 19, 2008 by izamree

Menyusuri jalan dan lorong di Kuala Lumpur bakal memperlihatkan kehidupan manusia dengan pelbagai ragam dan karenah. Kali ini topik mengambarkan situasi kehidupan warga kota mencari rezeki atau cari makan dicelah-celah kotaraya metropolis. Kesungguhan mencari sesuap nasi pada hakikatnya amat perit untuk dihadapi, akan tetapi punca rezeki itu perlu dipenuhi bagi melunaskan sisa hidup ini.

..siapa cari makan?..
siapa cari makan?
..nyonya yang menjual buah ini sedang menanti pelanggan atau bersembunyi dengan berlatar belakangkan dua anggota penguatkuasa yang sedang melakukan pemantauan terhadap peniaga gerai.

..kais rezeki..
kais rezeki
..baginya cari makan umpama ‘kais pagi makan pagi..kais petang makan petang’

..niaga tanpa lihat..
blind trader
..cacat penglihatan bukan halangan untuk cari makan..

..recycleman..
..recycle man..
.. dia berusaha mengitar semula bahan terbuang, kerana industri ini menjanjikan pulangan..

..main api..
i'm fire'work'!
..kerjanya membaiki peralatan yang rosak..percikan api mainannya..

..tukang kebun kota..
siram rumput
..keindahan pokok bunga, rumput menghijau telah menyegarkan rezekinya..

..bahaya cari makan..
cliff hanger
..biarpun mengadai nyawa..perut perlu dialas setiap hari..cara cari makan ini benar-benar memerlukan keberanian..

..kumpul kotak..
box collector
..dengan mengumpul kotak terbuang yang menjadi koleksi hidupnya..

inovasi lori baja

Posted in photojournalism on September 17, 2008 by izamree

LadangWarisan merupakan ladang ternakan lembu tenusu terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan. Inovasi Lori Penyembur Baja telah tercipta dari buah fikiran warga LadangWarisan dan direka oleh Encik Mohd Zam Ishak. Lori 1 tan diubah-suai menjadi lori penyemburan tahi lembu keatas rumput tanaman untuk makanan ternakan. Zero waste management system.





Dengan menggunakan 2 unit tanki, pump berenjin dan senapang pancutan..Lori Baja siap digunakan untuk pembajaan rumput. Dari kolam takungan najis, ia disedut menggunakan pump dan terus ke tanki Lori Baja. Kerja semburan baja semakin mudah dengan kekerapan pembajaan hanya 3 kali seminggu.

Keluasan tanah tanaman rumput seluas 20 ekar menjadi ‘kecil’ dengan adanya sistem penyemburan tahi baja, ini sekaligus meringankan bebanan para pekerja ladang.

Sekian