Jerebu

Posted in Uncategorized on August 20, 2011 by izamree

Kuala Lumpur bukan asing bagi pencemaran udara. Kesegaran Kuala Lumpur kerap diganggu oleh masalah jerebu yang melanda dari negara jiran yang membuat pembakaran terbuka. Bandaraya ini juga penyumbang pencemaran udara yang kronik terutama dari asap kenderaan, industri mahupun pembakaran hutan dan belukar.

 

Jambatan Putrajaya

Posted in Uncategorized with tags on July 4, 2010 by izamree

HD Movie mode.

Camera : 7D  Lens : Tokina 12-24, mount Gorillapod(tripod) on Honda Magna 250cc handle.

Location : Jambatan, Putrajaya Malaysia.

RoofTop Hunter

Posted in photojournalism with tags , , on October 11, 2009 by izamree

‘RoofTop Hunter’ atau ‘Pemburu Bumbung’. Apa yang mahu diburu? Benar bumbung merupakan kawasan paling atas bagi setiap struktur bangunan bagi melindungi rumah atau bangunan. Dan bumbung merupakan lokasi yang paling tinggi untuk mendapatkan panorama yang menakjubkan.

Dengan pemandangan ‘ariel view’ atau ‘eagle eyes’, segala-galanya menjadi kecil dan begitu menarik sekali. Lebih-lebih lagi pemandangan tidak dihalang oleh segala objek. Malah kedudukan yang tinggi ini menjanjikan angle yang cukup unik untuk dirakamkan.

Masa dan cuaca amat penting bagi setiap ‘klik it’ diatas bumbung, fajar menyingsing senja dan terbit mentari pagi adalah waktu emas yang menakjubkan. Dengan merakamkan bangunan pencakar langit, kedudukan kamera yang bertentangan dengan subjek bakal memberikan impak yang berlainan terhadap hasil yang bakal dibawa pulang.


Memanjat bangunan yang tinggi atau memasuki kawasan larangan pasti menjadi halangan utama, kerana risiko berada diatas bumbung amat besar. Kemalangan boleh berlaku dan keselamatan diri perlu dititik beratkan. Perasaan gayat pasti terjadi terhadap individu tertentu. Pastikan ‘bahan’ yang terhidang didepan mata jangan dilepaskan.




Dari pandangan dan sudut yang lebih tinggi pasti menjanjikan panorama silauan dan kedipan dengan bermandikan cahaya lampu disetiap ruang bandaraya.

Sekian.

Jakarta

Posted in photojournalism with tags on July 11, 2009 by izamree

daa jakarta!Kami hanya memiliki 2 jam sahaja untuk memburu di Kota Metropolis Jakarta, bandar yang terlalu besar untuk masa yang terlalu sedikit sebelum bergegas ke airport untuk pulang ke tanahair.bajaj

Dan bajai adalah kenderaan yang paling sesuai untuk kota yang sentiasa sesak dan sampai ke lubuk buruan dengan pantas.koran! koran!

monas Lubuk yang dituju adalah Kota Tua Jakarta atau Old City of Jakarta dan sepanjang perjalanan kami menyusuri jalan-jalan utama di Jakarta. Monumen-monumen penting sempat dirakamkan. Istiqlal Mosque Gereja Katedral Dari Monas yang bertahtakan emas dipuncaknya.. ke Masjid Istiqlal yang bertentang dengan Gereja Katedral melambangkan perpaduan dua agama yang boleh hidup secara aman dibumi Indonesia ini.

Cukup indah Kota Jakarta yang menyimpan pelbagai budaya dan sejarah disamping panorama kota yang pesat membangun dengan penduduknya yang unik memenuhi setiap penjuru Jakarta.

Batavia Kota Tua Jakarta
Stadhuis of Batavia (Town Hall) atau Dewan Bandaraya merupakan tempat Gabenor Jeneral VOC semasa penjajahan Belanda dibumi Indonesia. Dan sekarang ia ditukar menjadi Muzium Sejarah Fatahilah.
Kota Tua Jakarta
Museum Fine Arts
Disinilah keunikan Jakarta bermula, bangunan-bangunan lama yang didirikan beratus tahun dahulu masih berdiri megah untuk tatapan generasi kini. Kelihatan senibina Belanda dibaik-pulih dan ada yang dibiarkan usang terbiar longlai. mau apa kamu? Dan manusia yang memenuhi ruang Kota Tua ini adalah subjek yang paling menarik untuk dirakamkan. Persekitaran dan panorama seperti pulang ke zaman dahulu masih terasa didalam ruangan kota tua ini.
berapi mulut
1 ribu..2 ribu..
Jika disebut kota tua, tidak sah jika subjek persekitaran tidak dilengkapi bahan tua yang unik.
red bike
Old for Antique
black oldiest
sepeda
Hampir segalanya kelihatan tua disini, sepeda, kereta dan manusia melengkapi setiap angle sebagai sasaran ‘tembakan’ yang ‘berdas-das’ keluar dari lubang kamera.
dutch bar
yuk mangan yuk!
kerak telor

Menuju pulang, sekali lagi wajah penghuni kota sempat dirakamkan. Kepadatan penduduk yang semakin meningkat saban hari memaksa penghuni kota berkerja lebih kuat ‘supaya bisa mengisi perut’.
nggak mau foto!
tong gas
Kota unik ini terlalu besar untuk dijelajah oleh kami pada kali ini. Mungkin satu hari nanti, dengan masa yang mencukupi dan kederat yang mengizinkan, pasti kami akan singgah lagi.
sport rim
canvas bike

Sekian

Bogor

Posted in photojournalism with tags on June 30, 2009 by izamree

safari malam bogorKetagihan merakam gambar semakin memuncak..jiwa tidak tenteram jika seminggu tidak menghunus senjata. Kali ini kami menyeberang ke negara jiran, Indonesia.

Dari Jakarta kami menyewa sebuah MPV  untuk ke Puncak Bogor dan disitulah bermulanya ‘petikan shutter’ sepanjang perjalanan menuju ke puncak Bogor, kami melalui Istana Bogor yang merupakan salah satu dari enam Istana Presiden Republik Indonesia yang mempunyai keunikan tersendiri. Selain Safari Malam yang bertugukan haiwan batu dipintu hadapan.
Ubi Cilembu
Semua laluan ini hanya selayang pandang sahaja, kerana masa tidak menyebelahi kami untuk singgah memburu.
rabbit on sale
kereta kudaPerjalanan dari Jakarta ke Puncak Bogor mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan dan sepanjang perjalanan kami dihidangkan pelbagai panorama bumi Indonesia berbukit-bukau yang memukau kanta mata.

Keunikan penghuni Bogor juga tidak terlepas dari sasaran kamera.

Puncak Bogor
a taste hot tea
Luas terbentang ladang teh yang menghijau berlatarkan bukit dan langit biru yang menusuk kalbu. Disamping penghuni Bogor yang unik serta pengalaman memanjat puncak Bogor yang ‘macet’ dengan kesesakan lalu-lintas yang sibuk tidak sedikitpun merencatkan keindahan Bogor.
Tauhu sumbat
Keris Bogor
Oleh kerana Puncak Bogor merupakan tempat peranginan yang paling hampir dengan Jakarta, ia menjadi sasaran penduduk sekitar untuk melepaskan penat lelah hujung minggu di puncak ini. ‘Dimana ada gula disitu ada semut‘, ia terjadi di puncak ini, dimana terdapat ramai penjaja jalanan menawarkan pelbagai barangan untuk pelancong.
55 years old
Tidak puas dengan Puncak Bogor, kami mula meredah sebuah penempatan yang berhampiran bagi mencari bahan yang lebih unik di Bogor ini. Kami mula meyusur lebih dalam lagi, iaitu Gunung Mas.
tali air
Mencari punca air yang mengalir melimpahi Bogor, dan Gunung Mas memaparkan kawasan penempatan penduduk Bogor yang asli. Dengan keadaan sekitar yang menghijau dengan sistem saliran air untuk bekalan penduduk dibuat secara tradisional menerusi mata air yang disalur ke paip-paip rumah.
Gunung Mas
limpahan air gunung
Selain air sungai menjadi subjek utama di Gunung Mas ini, telatah penduduk dan kanak-kanak juga tidak lepas dari lensa camera.
just finish..
goat playground
Dan masa sentiasa cepat berlalu, kami perlu meneruskan perjalanan tanpa lengah..apa yang sempat dirakam itulah yang paling berharga buat kami. Puncak Bogor sentiasa disini untuk kami kembali, akan tetapi..bila? Hanya masa yang menentukannya, kalau ade rezeki dan panjang umur. InsyaAllah.
cianjur

Date taken 10.4.2009

Sekian.

banting

Posted in photojournalism with tags on June 29, 2009 by izamree

..sudah lama fotoblog ni menyepi, hari ni terpanggil untuk ‘menyambung’ balik blog yang abandoned sekejap..

30.3.2009..Serangan kali ini di Banting, Selangor..agak lama juga gambar ni terpendam di flickr tanpa mendapat sentuhan cerita disebalik takbir…
sarapan teh tarik
lori pagi Seperti biasa kami keluar ‘memburu’ diwaktu pagi, kerana waktu inilah pelbagai ragam manusia menjalani hidup seharian bermula. Dan yang paling berharga adalah cahaya mentari pagi yang bersinar menyuluh bumi dini hari merupakan cahaya ‘rezeki’ yang paling indah.
pasar kelanang
runcit kelanang
beli ikan kelanang
..dan kami perlu keluar lebih awal daripada itu..

sebelum mentari menjelma diri..kami perlu terpacak berdiri..menanti cahaya mentari..bila subuh bertukar pagi.
ranting badai
..kerana hasil pancaran..dilihat tanpa bosan..memapar keindahan..maha ciptaan Tuhan.
sunrise kelanang
tunggul kelanang
Pantai Kelanang menjadi destinasi pembuka ‘shutter’ untuk pagi ini, dan seperti biasa ‘buddy’ memburu Nazim dan Alex merenggang biji mata di subuh kala, demi mencari ‘bahan’ secukup rasa.
six66 hunter
nazim hunter
Selepas selesai menjamu sarapan di Pekan Kelanang dengan ‘hiburan’ ragam penduduk kampung menawar beli dipasar dan ‘menembak’ beberapa ‘das’ tembakan terhadap wajah, watak, kerenah, telatah penduduk kampung kami mula bergerak ke Jeti Kampung Kelanang.
boat nelayan kelanang
tongkang pecah
kelanang boat
..deretan bot nelayan sentiasa molek sebagai subjek yang harus diburu, selain jeti dan muara sungai yang terhidang didepan mata..ditambah pula dengan awan mencakar langit biru. Dan sepagi di Kelanang perlu disudahi dengan memanjat Bukit Jugra yang agak hampir dengan Kelanang ini.
Jugra Lighthouse
Jugra merupakan Bandar DiRaja Selangor ketika pemerintahan Sultan Abdul Samad. Dan Bukit Jugra ini terdapat rumahapi yang telah lama mengabdikan diri sebagai ‘penyuluh lautan’.
Jugra Hill

..berbaloi kami ke Banting.
Sekian.

Kuala Kubu

Posted in photojournalism with tags on April 30, 2009 by izamree

Tepat jam 4 pagi, loceng handphone berbunyi..mengejutkan diri diwaktu subuh kala. Hari ini Kuala Kubu menjadi sasaran. Kami berkumpul jam 5 pagi dan bertolak memecah kesunyian pagi menghala ke Rawang melalui highway Utara Selatan.
..nazim, din.nyon & alex menjadi rakan buruan pada kali ini. Masing-masing dengan’senjata’ dan tripod bagaikan penoreh getah masuk kerja. Mata mengantuk tidak terasa dek ‘habuan’ yang bakal menjelma.

Kami menerjah ke Alor Lempah, Kuala Kubu didalam gelap gulita..ketika jam baru menunjukkan 6 pagi. Ketika sampai dikawasan buruan..Kagum! itu merupakan perkataan yang bermain dikepala.

Kewujudan air terjun buatan manusia ini cukup mengkagumkan. Dari sungai yang mengalir deras dan luas ia menuruni landai yang menarik dan membentuk barisan air terjun yang panjang.

aimg_0245

aimg_0156Hujan renyai-renyai mula membasahi lensa kami, dan mulut mula berkumat-kamit meminta supaya hujan pergi.aimg_0234 Sayangnya hujan renyai tidak perduli. Awan agak tebal turut menjejaskan buruan subuh ini. Sempat juga melepaskan beberapa ‘das’ tembakan, sebelum bungkus segala peralatan dan bergerak pantas.

Mula mencari lokasi baru, keadaan hujan renyai-renyai sedikit pun tidak menggangu semangat kami untuk terus memburu. Kuala Kubu memang terkenal dengan ‘sport water rafting’ atau sukan air lasak, kelihatan beberapa pengemar sukan ini sudah mula menjelma dipagi hari untuk menguji diri.

“Kalau pergi.. Kuala Kubu tulis nama atas batu”, tapi kami tidak menjumpai batu yang dimaksudkan oleh Sudirman. Akan tetapi, kalau pegi Kuala Kubu jangan lupa ‘hunter’ DQ..atau masjid Darul Quran yang terletak ditepi tasik yang tenang. Ia menjadi ikon ‘buruan’ di Kuala Kubu yang wajib diabadikan.
Sekali lagi hujan renyai menjadi alasan, kehilangan awan dan langit cerah menenggelamkan wajah sebenar masjid ini. Pantulan air atau reflex, tidak seindah cermin.
Masjid DQ tetap indah dalam pelbagai bentuk cuaca, cuma tak terkalis air dek ‘senjata’.

Kami bernasib baik kerana terdapat khemah yang menjadi tempat berteduh, maka buruan pagi ini boleh dikatakan tidak menepati sasaran. Walaupun subjek didepan mata, tapi cuaca tidak mengizinkan. Apapun, kami tidak pulang hampa, ada juga bahan yang boleh di ‘geladah’ dan di ‘godam’ secukup rasa. Sekadar pemuas hati kaki fotografi.
Tapi kami puashati..walaupun cuaca irihati,
kami pasti akan kembali..kalau ade masa free.

Sekian.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.