banting
..sudah lama fotoblog ni menyepi, hari ni terpanggil untuk ‘menyambung’ balik blog yang abandoned sekejap..
30.3.2009..Serangan kali ini di Banting, Selangor..agak lama juga gambar ni terpendam di flickr tanpa mendapat sentuhan cerita disebalik takbir…

Seperti biasa kami keluar ‘memburu’ diwaktu pagi, kerana waktu inilah pelbagai ragam manusia menjalani hidup seharian bermula. Dan yang paling berharga adalah cahaya mentari pagi yang bersinar menyuluh bumi dini hari merupakan cahaya ‘rezeki’ yang paling indah.



..dan kami perlu keluar lebih awal daripada itu..
sebelum mentari menjelma diri..kami perlu terpacak berdiri..menanti cahaya mentari..bila subuh bertukar pagi.

..kerana hasil pancaran..dilihat tanpa bosan..memapar keindahan..maha ciptaan Tuhan.


Pantai Kelanang menjadi destinasi pembuka ’shutter’ untuk pagi ini, dan seperti biasa ‘buddy’ memburu Nazim dan Alex merenggang biji mata di subuh kala, demi mencari ‘bahan’ secukup rasa.


Selepas selesai menjamu sarapan di Pekan Kelanang dengan ‘hiburan’ ragam penduduk kampung menawar beli dipasar dan ‘menembak’ beberapa ‘das’ tembakan terhadap wajah, watak, kerenah, telatah penduduk kampung kami mula bergerak ke Jeti Kampung Kelanang.



..deretan bot nelayan sentiasa molek sebagai subjek yang harus diburu, selain jeti dan muara sungai yang terhidang didepan mata..ditambah pula dengan awan mencakar langit biru. Dan sepagi di Kelanang perlu disudahi dengan memanjat Bukit Jugra yang agak hampir dengan Kelanang ini.

Jugra merupakan Bandar DiRaja Selangor ketika pemerintahan Sultan Abdul Samad. Dan Bukit Jugra ini terdapat rumahapi yang telah lama mengabdikan diri sebagai ‘penyuluh lautan’.

..berbaloi kami ke Banting.
Sekian.