borobudur

Candi Borobudur terletak di daerah Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Ia merupakan candi Buddha, dan ditemui pada 1814 oleh orang British. Terletak diantara dua gunung berapi iaitu Sundoro-Sumbing dan Merbabu-Merapi, dengan pertemuan dua sungai, iaitu Progo and Elo.
Katanya candi Borobudur ini dibina pada 800 tahun masihi ketika Dinasti Sailendra dibawah pengaruh empayar Sriwijaya. Ia mengambil masa selama 75 tahun untuk menyiapkan candi ini ketika dibawah pemerintahan Samaratunga.

Apa yang pasti candi Borobudur ini dibina oleh mereka pada zaman kegelapan ‘technology’, tiada arkitek binaan, tiada jentera canggih, tiada jurukur bangunan akan tetapi candi Buddha bersegi empat ini memiliki bentuk geometri yang tepat, bertingkat-tingkat serta memiliki 2600 lebih ukiran didinding dan 504 patung Buddha. sesetengah patung Buddha telah kehilangan kepala dan ada yang masih cukup sifatnya.

Ketika candi Borobudur ini ditemui, ia dilitupi dengan lava gunung berapi dan dipenuhi dengan tumbuhan hutan yang menyembunyikan kewujudannya. Usaha-usaha memulih candi Buddha ini telah lama dilakukan akibat hakisan, gempa bumi dan sistem saliran air purba yang telah meruntuhkan sebahagian kawasan candi Borobudur.
Ia umpama menyelesaikan ‘puzzle’ raksaksa yang besar. Dengan batu-batan yang berat disusun semula, dinomborkan, direkodkan dan di’purba’ kan permukaan batuan yang baru menjadi lama.
Kerja-kerja membaik pulih dilakukan dengan teliti dengan mengikut tradisi seni pertukangan tangan yang rumit. Masih tiada mesin yang membantu pekerja-pekerja ini membaik-pulih, segalanya dilakukan dengan tangan dan kudrat manusia.

Kewujudan candi-candi Budda mahupun rumah-rumah berhala bukanlah asing bagi rakyat Indonesia, kerana banyak candi-candi purba ini berada di merata tempat di tanah Indonesia.

Apapun, manusia memang mengkagumi tuhan mereka, dan tempat bersembahyang atau menyembah tuhan akan dibina sebesar-besarnya dan keagongan tuhan perlu dijelmakan melalui seni bina halus yang tersendiri.
Sekian.
February 16, 2009 at 2:13 pm
Very nice collection.. Love it.
February 16, 2009 at 7:22 pm
another nice photojournalism….
nice photo n info….
February 16, 2009 at 9:15 pm
..thanx u ..’youraveragemat’..
..thanx u nazarudin..
November 7, 2009 at 11:38 pm
borobudur dan berhala? jangan sembarang omong. sungguh sempit pikiran anda… buka buku sejarah, pada zaman sriwijaya dimana agama budha diamalkan, masyarakat sejahtera dan tanah air makmur.
November 8, 2009 at 2:15 am
jojoba,
..saya pikir kamu salah erti maksud saya mengenai ‘rumah-rumah berhala dan borobudur’…dan jauh sekali menghina agama Budha. Apapun terima kasih kerna sudi membaca blog ini dan memberi komen.
January 12, 2010 at 11:31 am
pemahaman berhala dalam bahasa Indonesia berbeda dengan bahasa Malaysia.
Berhala dalam pemahaman bahasa Malaysia memiliki konotasi netral. Bahkan penganut kepercayaan chinese di malay disebut sebagai penyembah berhala tidak dipersoalkan.
Namun, berhala dalam pemahaman bahasa Indonesia memiliki konotasi yang sangat jelek.
Itulah perbedaan bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia karena peradaban bahasa Indonesia sudah jauh meninggalkan peradaban bahasa Malaysia.
January 12, 2010 at 12:10 pm
Terima kasih pak, kerna memberi info tentang bahasa..
Ya saya juga sedar bahawa bahasa malaysia agak kasar berbanding bahasa indonesia yang begitu lembut dan sopan.
Malah, pernah saya ditegur kerna memanggil ‘budak-budak’ yang sepatutnya disebut ‘anak-anak’..ketika di Jakarta. Apapun, terima kasih sekali lagi kerna sudi singgah di blog ini.
salam dari kuala lumpur.
January 13, 2010 at 11:48 am
Ya, sama-sama…
karena saya lahir dan besar di Riau Sumatera, dan sehari-harinya menonton siaran televisi malaysia, jadinya saya cukum fam dengan bahasa malaysia.
Yang saya tahu persis juga adalah bahwa siaran BERITA di televisi malaysia tidak menggunakan bahasa malaysia, tapi menggunakan bahasa Indonesia.
January 16, 2010 at 12:41 am
bro, saya minta izin untuk memakai foto candi borobudur yg anda miliki untuk design photomanipulation saya… thanks before…
January 26, 2010 at 12:10 pm
benny,…silakan.