Hari ini jadual kami agak padat, dari satu tempat ke satu tempat..dari satu kilang ke satu kilang..
selepas makan tengahari, destinasi seterusnya adalah kilang biola atau violin yang merupakan khazanah tradisi muzik negara China. Di percayai kewujudan biola dari kawasan Asia Tengah iaitu Mongolia, ia menggunakan ekor kuda sebagai bowed string atau pengesek biola, dan ia masih digunakan sehingga kini.

Paling menarik perjalanan menuju kilang biola ini cukup berlainan, kami melalui 3 check-point yang dikawal rapi oleh security dan setiap check-point memerlukan tandatangan kemasukan dan sedikit duit ‘tips’ bagi melepasi kawasan yang menempatkan ‘perkampungan’ biola. Bagai pulang ke zaman dulu kala..segalanya masih kekal terpelihara dan suasana damai persekitaran yang cukup berbeza.


Melangkah masuk ke kilang biola, mata lens begitu ‘lahab’ merakam setiap sudut yang asing dan unik untuk tatapan. Kelihatan biola disetiap ruang dan para pekerja tekun ‘meraut’ peralatan muzik yang dimainkan dengan ‘melekat’ dibawah dagu sambil mengesek talinya.. dengan jari-jemari menekan bunyi.


Segala pertukangan menggunakan tangan handmade, kesenian membentuk biola melalui hasil kerja yang teliti. Kilang ini mampu mengeluarkan 100 unit biola yang siap didalam tempoh seminggu.




Bukan sahaja violin malah violas, cellos, double-bass dan seangkatan dengannya juga dihasilkan dikilang ini sebagai pelengkap sesuatu persembahan konsert orkestra, dimana peralatan muzik ‘mengesek’ ini menjadi pemain utama diatas pentas.

Kayu jenis maple ini disimpan ditingkat paling atas bangunan 3 tingkat, kayu ini ‘diperam’ selama 2 hingga 3 tahun dan ‘bertapa’ dengan suhu bilik didalam gelap sebelum ia diproses menjadi biola yang sempurna.

Di ‘perkampungan biola’ ini, setiap pintu menghasilkan berlainan parts yang mengikut department atau kepakaran masing-masing.
Samada anda berada didalam atau diluar kilang, anda umpama berada disebuah muzium lukisan dan sesekali ketukan kayu memecah keheningan.


Dari sekeping papan maple ia dilaret kemas, dicantum dan dibentuk menjadi biola yang berpinggang ramping.

Biola atau violin mula menular ke seluruh pelusuk dunia dan telah berabad lamanya.
Tanah Melayu juga tidak terlepas menjadi tempat ‘persinggahan’ biola, sehinggakan lagu-lagu joget dan keroncong tidak lengkap jika tanpa gesekan biola yang syahdu.
Sekian.
































































