kedai antik

Sepatutnya aku menuju terus ke ladang lembu tenusu di Lenggeng, tapi, memandangkan hujan renyai-renyai aku singgah sebentar di pekan Beranang. Tujuan terlajak di pekan ini juga ada bahan yang aku idam-idamkan, iaitu mencari basikal antik untuk koleksi peribadi atau menambahkan semak dirumah. Didalam benak, hanya satu sahaja tempat yang menjual basikal antik atau basikal tua ini. Aku terus menuju Beranang Antique, satu-satunya kedai antik di pekan Beranang ini. Aku bernasib baik kerana dapat bertemu dengan tokey atau pemilik kedai Beranang Antique ini. Bermula dengan membelek-belek basikal antik yang dipamerkan aku memulakan bicara. Encik Ahmad Mazlan Ma’aruf pemilik Beranang Antique begitu mesra dan peramah menawarkan harga dan bercerita mengenai barang miliknya. Terpesona aku melihat basikal seketika, barang yang diidam ada didepan mata, tetapi harga membuat aku memendam rasa. Sesungguhnya barang ini tinggi nilainya, kerana dipasaran telah pun tiada.
Koleksi antik ini basikal tua, cuma 2 sahaja untuk jualannya, manakala yang satu simpanan sahaja. Tiada harga untuk basikal Pos Malaysia, biarpun tinggi ditawar harga.
. Mulalah episod mengenai diri dan koleksinya. Abang Mazlan tidak kedekut bicara, mulut petah sejarah dibuka. Kedai antik ini empat tahun usianya, ingin lari dari hening kota, menetap di Beranang untuk bertapa, agar tenang jiwa dan raga.

‘Disini ada damai..disini ada ketenangan dan disini ada tempat memancing’ tambah beliau yang begitu kagum dengan kehidupan di pekan Beranang. Kata-kata beliau menggambarkan bahawa pekan ini adalah tempat untuk beliau dan isteri diami selamanya.


Keseluruhan barang antik yang dijual adalah koleksi peribadi beliau sendiri, dan menganggap kedai ini sebagai galeri pameran barangan beliau. Timbul minat mengumpul barang antik ini ketika berada di Kota London semasa menuntut ilmu disana, didalam jurusan Business & Administration beliau banyak merantau termasuk menjadi tukang masak di Swiss.

Hampir 20 tahun beliau mengumpul barangan antik ini, dan tidak pernah terlintas untuk membuka kedai antik sebaliknya cita-cita ketika pulang ke Malaysia ingin membuka sebuah restoran yang berkonsepkan antik, tetapi cita-cita itu dipendamkan sahaja ketika ini. Dalam banyak-banyak koleksi beliau, hanya satu barangan yang menjadi milik peribadi dan tidak dipamerkan adalah ‘Perisai Baju Gladiator’..ia adalah perisai yang tulin dan berusia beratus tahun.
Ramai juga rakan disekitar pekan ini hairan dan bertanya adakah ia mampu menyara hidup dengan berniaga barangan antik di pekan kecil ini, sambil tersenyum beliau berkata “rezeki ada dimana-mana”.
Memang tepat kata-kata itu kerana kedainya sentiasa menjadi buruan peminat-peminat koleksi antik dimerata Malaysia dan dunia. Disinilah tempat persinggahan sebelum peminat antik ini meneruskan perjalanan ke Kota Melaka (Jonker Street).

Soalan cepu emas kepada beliau, siapakah yang akan mewarisi perniagaan ini sekiranya beliau tiada kelak? Adakah segala koleksi ini akan diserah kepada pihak Muzium?..

Anak beliau tidak berminat terhadap koleksi ini dan amat berharap cucunya akan mewarisi koleksi berharga ini kelak jika minat itu lahir sendiri, kerana beliau perlu mendidik penjaga koleksi sebelum menyerahkan ‘tugas rasmi’ ini. Terlalu banyak cerita disebalik setiap koleksi dan sejarah yang perlu diketahui untuk mewarisi koleksi ini. Untuk menyerahkan kepada pihak muzium tidak sekali, tiada sebab mengapa beliau enggan berbuat demikian.

#yang lama berharga manakala yang baru dihargai.

Beranang Antique
98, Jalan Besar, Pekan Beranang
43700 Beranang, Selangor, Malaysia

Sekian

About these ads

42 Responses to “kedai antik”

  1. Pakcikkk! saw ur wordpress link in ur Flickr page, hehehe…
    Nice photoblog… luv all the photos u snapped, very the pro lah u! :D

  2. ..time kasih kerana sudi buat lawatan sambil belajo kat blog pakcik..yer.. :)

  3. salam,

    satu entry yang banyak memebrikan saya maklumat tentang sesuatu yg bahru.
    gamabr-gamabr juga banyak bercerita tentang kedai tu sendiri

    harap dapat juga belajar dari saudara di masa akan datang
    ada rezeki,boleh follow saudara utk apa2 assigmnt Pj kelak

    insya Allah and keep the passion saudara!

  4. thanx amirull,
    boleh aje kite hunter sama2..kalu ade link to your site lagi bagus..easy to contact you..bravo!

  5. Aku dah banyak kali pergi kedai Abg Mazlan ni. Dia tak silap aku seorang pelakon drama jugak. One of the drama yg dia berlakon ialah Forensik kat Astro tu. Dan yg paling best dia berlakon dalam iklan raya Petronas baru2 ni jadi pakcik. Dalam iklan tu ada Maria Arshad berlakon sekali.

    Ada banyak koleksi antik kat tempat dia dan harga pun murah2 juga banding dengan yg jual kat armcorp Mall PJ.

  6. ..zulkis, kurang pasti lak abg mazlan tu actor..sbb dia takde story pun pasal dia tu pelakon..mungkin, dia tak sempat atau mmg maleh nak cite kot..anyway, tq 4 yr visit.

  7. Saya ada senjata lama untuk d jual
    sila hubungi saya secepat munking..0199218369
    date 20april2009.

  8. assalamualaikum! saya haris nak nya ada

  9. i need some parts 4 my old bike…

  10. ..alahai bro..i tak jual part beskal..tapi, dok shot gambo jer..anyway, thanx for visit my blog..

  11. bestla kedai tu…cita2 ada kedai antik…terutamanya jam tangan…doakan kejayaan saya…http://koleksikitani.blogspot.com

  12. orangberanang Says:

    Tokey kedai tu memang pelakon drama kebanyakannya cerita cerita seram dan misteri….yang sedang tayang kat TV3 ialah Tower 13. Satu lagi drama beliau akan ditayangkan di saluran 132 Astro Warna tapi lupa nak tanya dia apa tajuk drama tu.

  13. ape no fon kedai tu…
    cam menarik je kalu leh pegi…

  14. ..takde fon la bro..tapi kalu sampai pekan beranang tu leh tanya lokasi kedai..pasal pekan beranang tu kecik jer..

  15. Alahhhh bestnya kalau dapat pergi kekedai pakcik ni yerrr,.sedara byk ke pinngan mangkuk antik disana tu yer

  16. datin yati,
    ..mmg banyak pinggan mangkuk antik kat sini..dulang, cawan semua adalah..sesuai betul untuk pemburu barangan antik dapur.

  17. azhari pen Says:

    tuan
    saya sekarang berumur 47 tahun.saya bercadang untuk buka kedai antik dalam masa yang terdekat ini.mungkin ada sesuatu yang tuan boleh katakan kepada saya….atau sebarang pandangan.
    terima kaseh

  18. terima kasih kerana melawat blog ni tuan,
    Untuk pengetahuan tuan, blog ni dari perspektif seorang photographer, saya bukan pemilik kedai antik..tapi, hanya jurugambar yang menjadikan kedai antik sebagai bahan untuk tatapan blog ini. Akan tetapi, tuan booleh singgah ke kedai abang mazlan ni di semenyih untuk keterangan lanjut mengenai hajat tuan itu. Semoga berjaya!.

  19. saya nak tanya macam mana nak hubungi encik sila hubungi saya ditalian 012 6227223 kuala lumpur. saya nak tanya barang iaitu dulang tembaga

  20. sy ada basikal releigh england..suma lngkap.suma ada cap releigh england..tp sy brcdang nk jual kn nya..p.cik tau hrga brpa klu jual??siap ada no plat lg..1949 no plat tu..ada apa2 email kt sy..Toksyibly@yahoo.com

  21. salam… blh x kalu pak cik bg tau harga duit lama malaysia….

  22. assalamualaikum , sape yg nk beli duit lama zaman 1907 ???
    kalo berminat korang bleh contact nombor nie 0172260934

  23. Tahniah diatas kejayaan anda membuka dan memberi sebahagian sumbangan kepada peminat barangan antik demi memartabatkan koleksi antik dan barangan purba tidak sewenang2nya di nilai dengan harga yang murah …….Setiap barangan mempunyai nilai estatikanya yang tersendiri dan harganya tidak ternilai bagi yang mengetahui tentang sala silah kehadirannya di dunia barangan antik….Tahniah…tahniah semoga anda terus berjaya dan boleh kita bertukar idea kerana juga adalah collector barangan antik dan punya galeri persendirian….sila hubungi saya kalau ada masa di talian 017 2471300 @ 019 270 1168 @ email; yusma300@gmail.com

  24. wah..bagusnye.saye pon sdg brjinak2 mngumpul brgn antik.skrg br ade skit sgt.kalu jonker street sgt2 mahal.yg saye ade ni pon hasil pmberian nenek n mak mertua.hopefully more to come frm them,insyallah.saye pon rase nk pegi la kedai kt beranang tu.tq for d info

  25. bikin website…

    [...]kedai antik « izamree[...]…

  26. salam…sy adalah waris yg mendapat barang2 antik seperti duit syiling lama,al-quran dan banyak lagi..tapi saya tak berminat menjaganya,macam mana saya nak jual?ada sesipa berminat???

  27. mohamad hasfaiq Says:

    salam pakcik kalau tgkkan tombak milik arwah atuk saya boleh ke?
    igt nak jual saje

  28. salam pakcik saya nak minta tengokkan tombak milik arwah atuk saya..saya igt nak jual..kalau ia bukan antik saya simpan

  29. Terbaik lah pakcil all your antique goods…..hanya org yang minat barangan antik shj tahu nilai barangan tersebut…..lagi lama lagi bernilai……………….

  30. kalau nak jual barang antik macam mana nak hubungi ye???

  31. jam longines tahun 1988 ada harga tak pakcik

  32. lau beharga sy mau jual hubungi sy 0175556690

  33. Maaf cakap…saya banyak kali membeli koleksi antik di jonker street, amcorp mall dan pasar karat di ipoh…masalahnya harga barang2 antik di kedai abang tu di beranang agak mahal…ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap perbandingan harga…sebagai contoh,telefon lama berwarna hitam saya boleh beli dengan harga lebih kurang rm100 ke bawah…tapi di kedai di beranang ni harganya rm180…begitu juga dengan pemain piring hitam…di pasar karat ipoh saya boleh daoat rm300 tapi di beranang tu rm400++…sorry ini just pemerhatian saya…

  34. Salam, saya mempunyai 4 buah cabinet antique dan berniat utk jual….sesiapa yg berminat sila talipon 0122500956…saya boleh email kan gambar klau diberi email add. terima kasih

  35. salam…saya nak jual dulang antik…corak daun anggur…berminat call/sms 013-3030191

  36. AsSalam.. Boleh bagi saya nombor telefon encik Izamree. TQ

  37. salam pakcik saya ada telefon lama dalam tahun 50an saya tak tahu market price untuk telefon antik tu.pak cik kalu berminat boleh contact saya @email saya di kim_myra@yahoo.com dan num saya 0175842565 as soon as possible.. tq pakcik.

  38. muhammad rosdi Says:

    Sy nak menjual barang lama

  39. saya punya piring antianti racun dan anti basi tahun 1217 berminat hub : 08569904442 atau email : tiara.dinie@gmail.com

  40. syew jga pngmpul barangan antik jge sperty prabot,pnggn mngkk,btol dn laen2 lgy.klau brmnat nk ble call nmbor ini…0167782013

  41. basikal antik hercules…berminat call 0166443288

  42. Asslmkum. Saya Zuwardi dari medan Sumut. Saya pnya barang bertuah berupa keris. Saya ingin menjual ny. Cuma bingung bagai mana cara ny dan di mana bisa menemukan pembeli nya. Kalau Bpk bs bantu bisa hubngi ke no saya 081361165678 atau pin BB 29259217. Ma kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: